Singgah beli jagung rebus ada jual kat taman Cie. Suami ustazah KAFA. Dia jual yang dah siap rebus RM10 ada 6 biji. Faiz beli RM20.
Sebelum sampai kampung Cie akan lalu kampung Faiz dulu. Singgah rumah kakak ipar kejap bagi jagung rebus. Rumah arwah FIL MIL kakak ipar sulung yang duduk. Masa kami sampai dia kat masjid sebelah rumah tu ada orang kampung buat asyura.
Faiz kait buah rambutan gading (yang warna kuning) belakang rumah. Banyak juga dapat yang rendah-rendah. Kalau biar je tu jadi makanan kera jela. Yang tinggi kena ada orang pandai panjat baru la dapat.
Kakak ipar bagi durian juga. Anak dia beli tanah kebun yang dah ada pokok durian. Memang untung sangat la terus dapat hasil. Sedap isi durian kampung. Bagi ke kakak-kakak Cie sikit.
Ni durian dari kebun anak buah Faiz
Singgah pulak rumah KakNgah sebelum ke rumah KakLong. Bagi dia jagung rebus. Dia belah pulak durian dia beli dari jiran depan rumah dia. Tak berapa sedap isi buat tempoyak ok la.
Persinggahan terakhir baru la rumah Kak Long. Cie siap-siap dah beli ikan patin dan ikan tilapia nak suruh Kak Long masak. Meriah la menu dia masak. Walaupun kaki terseliuh baru ni jatuh tapi gigih juga masak. Banyak menu pulak tu. Cie nak tolong dia tak bagi.
Kak Long masak tadi, Cie ambil pinggan dan mangkuk lama kepunyaan arwah mak. Duk dalam kabinet jela takde siapa ambil. Memasing banyak pinggan dah.
Kak Long ada bela kucing. Anaknya ambil tepi jalan je dah beranak ada 4 ekor comel je. KakLong la kena jaga, anaknya duk Kuantan.
Cie snap gambar pun nak lari takut orang. Cie setakat tengok ok la tak berani nak pegang. Anak-anak Cie lagi la takut kucing. Adik beradik Cie semua bela kucing. Cie je takde.
Faiz sempat la kutip durian kat kebun ayah ada dalam 9-10 biji. Baru gugur. Faiz belah sebiji. Cie rasa seulas sedap juga. Tu pun banyak dah kera usik.
Yang ni tadi hantar ke rumah Kak Ngah untuk buat tempoyak jela. Cie ambil sebiji je untuk makan.
Cie belah sebiji pun sedap isinya. Durian kampung memang sedap















4 Ulasan
Comel anak kucing. Banyak durian gugur, ya. Seronok, ada kebun durian ni. Rambutan gading tu, teringat arwah mak akak, dia cukup suka rambutan kuning ni.
BalasPadamrare tu kucing warna coklat
BalasPadamdah mcm kucing BSH pula
sedap tu durian fresh baru gugur. bestnya cie boleh gi jumpa semua adik beradik tu
BalasPadamMakkkk... bestnya makan durian baru gugur tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.