Restoran Kuah: Sarapan Pagi Sebelum Memulakan Perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan ke Bentong rumah kakak Cie untuk family gathering, kami sarapan di Restoran Kuah dulu. Biasa kalau nak berjalan memang off kitchen la untuk masak.

Cie order roti cheese, air tak order selalu minum air anak-anak je. Gelas kat situ besar. Faiz order roti telur dan air suam. Kakak dan adik menu sama teh o ais dan maggi goreng. Faiz tambah 2 ketul ayam goreng. Sedap ayam goreng kat situ macam ayam KFC.

Roti cheese

Roti telur

Teh o ais share je dengan anak-anak. Biasa memang tak habis.



Entri ni pendek jela. Sambil mengadap kereta banyak menghala ke Bentong ni sempat la juga mengarang. Korang ke mana cuti-cuti ni?


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Selamat berjalan Cie.
    Saya hari ini duduk rumah sahaja.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap la Maggi goreng nya...
    Hari ni duduk rumah je..memasak la kita

    BalasPadam
  3. Fi amanillah 🤲🏻
    Kami spring cleaning rumah je

    BalasPadam
  4. MZ dok umah ajer! selagi razeen tak sihat, tak delah kami boleh ke mana2 even utk celebrate bday zharfan pun kena postpone ni. anyway, have fun cie!

    BalasPadam
  5. Hari ini ke kenduri kahwin anak sepupu en. Suami di Seremban....
    Selamat berjalan Cie

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ayam goreng. Saya baru balik dari kampung suami semalam. Jadi cuti 2 hari ni dirumah je kami. Tempoh bertenang pulak sebelum dia kerja Rabu 😆

    BalasPadam
  7. Best hari off dapur, tak yah masak. Kita lepak rumah je, malas keluar, cuaca panas bebenor sini.

    BalasPadam
  8. Hari ni saya pun makan kat luar dengan si bujang bongsu, ayahnya pegi mancing

    BalasPadam
  9. Seronoknya nak pergi family gathering! Menu sarapan semua nampak menyelerakan, maggi goreng tu pun nampak padu. Kelakar bab gelas air besar sampai boleh kongsi berdua, jimat kan, hehe. Semoga perjalanan Cie sekeluarga ke Bentong dipermudahkan dan selamat semuanya ya. Have fun Cie!

    BalasPadam
  10. Tak kemana pun.. Di rumah sahaja bersama anak-anak..

    BalasPadam
  11. Kalau nak jalan kena off kitchen.. nak tenang-tenang je sebelum mulakan perjalanan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.