Kedai Makan Western: Pepenero Kuala Lipis

21 Mei yang lepas dah ni tapi duk terperap dalam draft je takde idea nak mengarang. Tajuk dan gambar dah ada. Kena gigihkan la juga untuk mengarang. Entri yang selepas date ni pun selamat di pos dah. Yang ni terkemudian dah masuk bulan baru. Takpela nak cerita jugak.

Masa tu Cie ada Audit Pengawasan GMP HACCP bermula 9am hingga 5pm. Auditor keluar dari jabatan Cie 5.10pm selepas closing meeting penemuan audit. Buat itu ini 6pm baru la Cie balik. 

Masa tengah melayan auditor tu dah Faiz whatsapp ajak makan sate je malam tu tak payah masak. Dia tau dah kalau audit memang takdela Cie nak masak dinner. 

Cie pulak dah plan nak ajak Faiz makan western je. Faiz ikut jela idea Cie. Dia tanya nak makan mana. Cie suggest kedai Pepenero tu dah lama buka tapi kami belum pernah try makanan kat situ. Selepas Maghrib kami pun keluar la ke situ. Lokasi kedai depan Pejabat Pos Kuala Lipis.


Masa kami sampai tu bahagian dalam tempat makan ada aircond tu dah full. Luar je banyak kosong. Awal betul orang datang sebelum Maghrib agaknya.

Kami pun duk luar jela takde aircond cuma ada kipas je ok la sejuk jugak. Kat situ masih cara pesanan pelayan akan datang ambil order. Buku menu diberikan. Nak makan western so kita pilih menu western, Faiz je menu biasa.



Faiz order nasi goreng kampung, ayam lemon dan air lemon kosong. Cie order chicken grilled dan jus tembikai. Kakak Raisha order chicken chop dan teh o ais. Adik Rania order chicken chop dan laici.






Bagi Cie makanan kat situ sedap je. Just nice dengan tekak melayu. Harga pun standard kedai western la. Entah berapa hari tu Faiz bayar Cie ada tanya. Ni dah lama lupa dah.


Sekeping la gambar dengan tukang sponsor

Makanan sampai dalam 10-20 minit tu ok jela kan.
Sempat la kami berchit chat 4 beranak. Macam-macam cerita la keluar bila duduk meja makan. Anak dah semakin membesar ni banyak cerita la.




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wahh.. menarik. Bulan 9 nanti mak MY ada TCA di Spital Kolipih lagi. boleh la kome jalan jalan cari makan nanti

    BalasPadam
  2. Tempat nice makanan sedap, memang seronok nak berborak sambil menikmati makanan tu..

    BalasPadam
  3. Makanan nampak menarik.. Tempat pun nampak nice..

    BalasPadam
  4. Drooling tgok makanan tu semua..chicken chop dia besar erk...puas la makan...

    BalasPadam
  5. Ayam lemon tu memikat.. teringat nasi ayam lemon Pak Li.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.