Day Trip To Cameron Highlands 29 Mei 2026

Hari Faiz kerja 28 Mei tu dia ada whatsapp sebelum balik kerja. Dia tanya nak jalan-jalan Cameron tak Jumaat 29 Mei tu. Cie cakap ok je. 


Katanya nak melepaskan hajat kakak Raisha last month dia ada cakap lama tak ke Cameron. Lagipun Jumaat tu Faiz cuti. Sabtu Ahad dah ada program lain.

Cie pun bagitau anak-anak babah ajak ke Cameron. Anak-anak memang excited la nak jalan kan. Cie duk fikir confirm jem. So takdela plan nak terjah ke mana. Ikut mana yang sempat jela kan.

Kakak Raisha dah cari kat Tiktok ada 1 tempat baru yang kami belum pernah pergi. Selain dari tu memang semua kami dah pernah pergi dah. Tambahan jem pulak memang takdan ke mana sangat la day trip je pun kan. 

Plan nak makan steamboat pun tak sempat. Takpela nanti bebila naik semula Cameron hari yang bukan cuti panjang. Weekend biasa je kot tak jem sangat kan.

Sampai je kami terus ke Taman Sedia nak makan nasi lemak sambal strawberry. Nak ke situ memang jem la. Dah masuk ke area situ baru nyesal tak terus cari steamboat je. Dah sampai kan teruskan jela.

Lepas siap makan apa semua tu. Hadap jem lagi kami ke Tanah Rata semula. Memang tak boleh naik ke Brinchang. Macam siput je kereta merayap. 

Kami singgah ke tempat baru yang kakak Raisha cakap tu. Masuk free je, parking free je. Tokyo Town Cameron

Dah bergambar apa semua kami nak ke masjid pulak la nak solat dulu. Terus la kami Masjid Abu Bakar atas bukit tu.

Siap solat kami turun ke MARDI jalan ke hospital tu. Masa kami singgah tu dah 4pm. Google harga tiket macam tak berbaloi pulak sejam je nak masuk. Lagipun dulu dah pernah beberapa kali masuk situ masa free dulu.

Ternampak pokok yang cantik kat MARDI tu. Singgah la snap gambar. Kulit pokok tu macam dicat. Warnanya tu lain betul dengan pokok lain.



Lepas keluar dari MARDI saja pusing naik ke Zenith tu cantik betul hotelnya. Ada kedai-kedai bawah Zenith tu menjual macam-macam. Singgah la beli jugak kat situ.

Turun nak balik ke hala Ringlet singgah la kejap di Sky Farm. Dah tak terjaga tempat tu. Beli la jugak sikit kat situ dah alang-alang singgah.

Masa nak balik tu singgah jugak tepi jalan nak mencari strawberry. Bukan musim ke apa entahla mahal dan buah kecik je. Malas la nak beli. 

Nanti Cie share entri lain apa Cie beli dan ke mana lagi Cie pergi. Macam nak asingkan entri kot setiap tempat Cie pergi tu. Baru la banyak sikit entri kan. Hihi


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ha ah, lawanya batang pokok. Kalau Cie tak ambil gambar full, mesti ingat pokok tiruan. Macam tu rupanya jalan sesak di Cameron pada hujung minggu. Ye la, long weekend pula, cuti sekolah pula, lagilah kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.