Hari ini 2 Jun hari yang cukup bermakna buat insan yang paling istimewa dalam hidup. Selamat hari lahir buat suami tercinta, teman hidup yang sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang.
Macam birthday i pulak beria pegang pisau. Hahaha
Small celebration 1 Jun di rumah kakak. Nanti cerita dalam entri lain
Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga.
Semoga pertambahan usia ini membawa lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, ketenangan hati dan kebahagiaan dalam hidup. Semoga segala impian dan usaha dipermudahkan Allah SWT serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya.
Dalam sesebuah rumah tangga, bukan semuanya indah setiap masa. Ada hari ketawa, ada hari diuji. Tetapi kehadiran suami sebagai pasangan hidup menjadikan setiap perjalanan itu lebih bermakna. Terima kasih kerana sentiasa sabar, memahami dan menerima kekurangan ini seadanya.
Semoga kasih sayang yang dibina terus kekal hingga ke syurga. Moga hubungan ini sentiasa dipenuhi rasa cinta, hormat dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Selamat hari lahir suamiku. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa menjadi suami serta babah yang terbaik buat anak-anak.
Alfatihah buat mak mertua yang melahirkan suami.



17 Ulasan
happy birthday utk husband Cie..hah mcm Cie plak yg dirai ye sbb pegang pisau nk potong kek hehe
BalasPadamMana aci... tak nak sebut berapa umur...!
BalasPadamTai kalau uncle teka dari paras rupa.... 25 tahun kan?
Selamat hari lahir utk suami Cie, semoga berbahgia Cie & keluarga hingga ke jannah
BalasPadamSelamat hari lahir.. semoga dalam rahmat Allah SWT
BalasPadamSelamat hari lahir untuk suami Cie. Semoga dalam rahmat Allah SWT.
BalasPadamSiapa punya birthday daaa?? Hahaha..
BalasPadamSelamat hari lahir buat suami Cie, semoga sihat² selalu..aamin
Sanah helwah utk suami Cie. Semoga sihat dan dirahmati selalu 🤲🏻
BalasPadamHappy bday to your big bos =)
BalasPadamConfuse juga tgk birthday siapa sebenarnya ni.. hihi.. Sanah helwah & barakallah fii umrik.
BalasPadamsanah helwah buat suami Cie, semoga sentiasa di dalam keredhaanNya, aamiin
BalasPadamHappy belated birthday buat husband Cie.. Semoga sentiasa dalam redha Allah.. Aamiin..
BalasPadamSelamat hari lahir buat suami Cie...wah..kami berkongsi bulan yang sama ye..kak SA nyer birthday Sabtu nanti....
BalasPadamHappy birthday untuk suami Cie. Semoga di bawah rahmat Allah sokmo
BalasPadamsanah helwah utk suami cie!
BalasPadamSelamat hari lahir buatnya ya..semoga bahagia selalu sihat dan panjang umur..Jangan lupa bersyukur dilahirkan oleh ibu tersayang..
BalasPadamHappiest birthday buat suami Cie.
BalasPadamSelamat ulang tahun encik Faiz. Semuga bahgia keluarga cie berkekalan hendaknya. Sama date dengan anak buah akak dan opismate.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.