Day Trip Cameron Highlands: Lunch Di Opah Strawberry

Bersusun entri yang nak di post. Entri Mei pun kita carry forward jela ke Jun. Ni kisah masa day trip ke Cameron Highlands pada 29 Mei hari tu. Kami makan lunch di Opah Strawberries.


Musim cuti panjang kalau boleh elak la naik CH ye memang jem le merata tempat. Nak ke Taman Sedia tu kami parking jauh dan menapak jalan kaki. Cie ok je boleh tambahkan steps. 

Mulanya plan nak makan di Abang Strawberry tu. Tapi dulu dah banyak kali makan situ. So taknak la dah. Nak try kat Opah Strawberry tu pulak. Walaupun gigih la jugak queue masa tu ramai orang. Tengah panas beratur. Lama la jugak nak tunggu meja kosong.

Pekerja tu ambil nama dan suruh masuk duduk kat ruang menunggu. Kat ruang menunggu tu kejap je dah terus nama dipanggil dan mereka bagitau nombor meja. 

Ruang menunggu ni ada kerusi plastik juga disediakan, ada water filter

Kita pun cari la nombor meja. Kat meja dah ada QR code scan jela untuk order. Lepas dah settle buat order terus ke kaunter untuk bayaran. Dah siap bayar baru order kita complete.




3 beranak tu tak order nasi lemak sambal strawberry. Cie sorang je. Tujuannya makan situ sebab nak makan sambal strawberry tu la. Nasi lemak tu biasa je kat tempat kita pun ada. Sebenarnya dah pernah rasa sambal strawberry dah sebelum ni. Tapi dah lama la.

Tak sure service kat situ memang slow atau waktu ramai orang je jadi slow. Kami tengok meja lain ada yang makanan sampai dulu tapi air takde, ada yang dah siap makan air baru sampai. Meja kami mujur la air sampai dulu lepas tu baru makanan. Scone sampai dulu sebelum air. 



Siap bayar 11.33am tengok kat resit. Scone sampai 11.40am, air sampai 12.05pm, makanan sampai 12.06pm. Cie memang ambil gambar selepas je mereka letak atas meja. Tu yang ada time.

Apa yang Cie boleh komen scone mereka memang sedap. Order 1 je nak try. Malas nak order banyak nanti kenyang pulak nak makan nasi lemak. Nak bungkus pun kena queue pulak. Panjang barisan yang untuk bungkus tu. Takpela dah rasa tu cukup la.

Nasi lemak biasa je takde yang extravaganza dari segi rasa. Daging dendeng Faiz tu pun biasa je. Sambal strawberry pun Cie macam tak boleh beza dengan sambal biasa. Dah nak habis tu baru beza yang strawberry tu masam sikit. Beza RM5 jugak harga sambal biasa dengan sambal strawberry tu. Ingatkan banyak dan asing bekas rupanya diletakkan sebelah-sebelah je sambal tu.

Nasi lemak daging dendeng

Nasi lemak ayam sambal strawberry

Nasi lemak ayam

Nasi lemak ayam

Cie request chicken wing dan drumstick masa order tu. Alhamdulillah mereka bagi chicken wings untuk ketiga-tiga plate tu. 

Ni pendapat Cie la ye. Mungkin rasa di tekak orang lain berbeza pulak. Boleh la cuba rasa sendiri bila berkunjung ke Cameron Highlands.

Tapi tu la semalam scroll threads viral jugak kisah Opah Strawberries ni rupanya. Cie tengok ada orang post yang tempat buat scone tu ada najis cicak. Tempat tu memang open. Orang queue untuk bungkus memang akan nampak. Lepas tu ada la isu lain berkaitan owner atau pekerja Cie tak sure.

Musim viral ni hati-hati la. Jaga bisnes kalau nak betahan lama. Kuasa customers ni kalau dah boikot tu boleh jatuh sales kita. 




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Selalu terbaca scone di CH sedap. Mesti sedap betul tu. Sy pulak bukan peminat scone tapi terpaksa mkn klu ngopi kat OZ ni sbb itu je menu yg tak mencurigakan (halal) berbanding kuih2 yg berinti.

    BalasPadam
  2. Lamaa x naik
    CH🥰 fikir jemm tu jd cancel tukar plan

    BalasPadam
  3. Dah lama sgt x pegi cameron highland =)

    BalasPadam
  4. Alamak.. dah ada isu pula.. Walhal scones dia tu sedap..
    Harapnya dia jagalah kebersihan..
    Musim cuti ini, ramai orang memang menunggulah..

    BalasPadam
  5. Lama betul ya Cie nak tunggu giliran masa cuti panjang tu, tapi nasib baik meja Cie air sampai dulu sebelum makanan, hehe. Kedai macam ni kalau dah viral memang kena serbu la jawabnya. Tapi beza RM5 untuk sambal strawberry tu agak 'keras' juga kalau rasanya lebih kurang sambal biasa je. Harapnya lepas kes viral pasal kebersihan tu, owner kedai cepat-cepat alert dan buat tindakan penambahbaikan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.