Day Trip Cameron Highlands: Jalan-jalan Di Sekitar Cameron

Cie pecahkan kisah day trip ni kepada beberapa entri. Jadinya beratur la untuk posting. Yang ni Cie nak cerita ke mana Cie berjalan sewaktu day trip tu. Tak banyak tempat pun tak sempat, banyak masa hadap jem. 


Gitulah kalau naik Cameron hari cuti panjang. Faiz saja nak join hype jem kot tu yang ajak kami hari cuti panjang. Lepas kami tu hari seterusnya tu banyak posting kat group Facebook bagitau jem teruk kat Cameron.


Tokyo Town Cameron Highlands

Tempat ni baru la juga lagi dibuka kami belum pernah datang. Ni pun kakak Raisha cakap dia tengok kat Tiktok. Masuk free je. Parking pun luas jugak cuma jadi susah nak dapat parking kereta terlalu banyak.

Kami ke situ nak jalan-jalan bergambar jela. Nak ambil gambar pun kena cari spot yang takde orang. Ada jugak la gambar dicelah-celah orang. Ada jugak spesis takde common sense tu duk tercegat main handphone bila kita mintak laluan nak bergambar baru la bergerak. 







Ada tempat makan, ada souvenir shops, ada jualan macam-macam, ada tempat sewa baju jepun, ada kiosk untuk bergambar, banyak la juga tarikan kat situ.



Kami beli fridge magnet, makan aiskrim, bergambar je. Lepas tu terus gerak keluar. Masa nak keluar parking tu jadi jem sebabnya yang jaga parking tu bagi laluan exit tu kereta masuk jadi stuck la. Dah la laluan sempit. 



Sky Farm Cameron Highlands

Kat Sky Farm ni saja singgah Cie nak beli cactus dan bunga. Terkejut bila masuk situ macam tempat terbiar dah tak terjaga. Dengan lantai berlumut. Tempat makan dah takde macam rumah tinggal je.


Dulu meriah ada macam mini zoo, kedai jualan makanan, bunga-bunga, cactus. Masa anak-anak kecil kami pernah la makan wafle rasanya kat situ. 

Mini zoo masih ada cuma macam terbiar. Pokok-pokok bunga, cactus ada je. Cuma tu la kedai tu sampai belakang ada waterfall bagai, yang depan saja masih ok. Yang belakang tu macam terbiar.

Kalau la mereka bersihkan semula tempat tu, kedai makanan tu buka semula mesti meriah. Mesti kebanyakkan yang singgah tu terkejut tengok kalau dah pernah datang situ sebelum ni.

Kami bergambar la jugak sikit lepas tu terus pilih cactus dan Cie beli sepasu bunga ros. Anak-anak beli aiskrim. Terus kami gerak balik.












Beberapa Tempat Persinggahan

Ada beberapa tempat kami singgah semasa day trip di Cameron Highlands sambil lalu turun nak balik. Lepas tu terus jela balik. Tempat lain dah biasa pergi. Sama je takde apa-apa perubahan pun. Cuma CH ni dah tak sejuk macam dulu-dulu.

Nanti entri lain Cie share apa Cie beli di Cameron Highlands.











Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Uish!! Teruk juga jem nya tu.. Memang seram kalau naik musim cuti..
    Owh.. ada tarikan baru ya.. Lama tak naik..
    Sayangnya kedai tu dia tak maintain.. kalau jaga, ada ja orang datang kan..

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat singgah tarikan baru Tokyo Town! Pengaruh TikTok Kakak Raisha memang mantap, hehe...aunty SA dah pernah sampai sini dah Kakak Raisha... Tapi itu la cabaran naik Cameron waktu cuti panjang, kena banyak sabar hadap jem, bab parking stuck, dengan ragam manusia lagi. Sayang kan Sky Farm tu dah nampak terbiar kat bahagian belakang, harapnya owner tempat tu boleh hias dan bersihkan semula bagi meriah. Selamat menjaga bunga ros baru Cie!

    BalasPadam
  3. Cantiknya Tokyo Town. Banyak tempat boleh bergambar sakan ye. Sayangnya tidak dimaintain Sky Farm itu ye

    BalasPadam
  4. Bestnya dpt jln² bersama family, jammed pun takpe, yang penting bonding time selagi anak² belum merantau mencari rezeki

    BalasPadam
  5. Bestnya dpt jln² bersama family, jammed pun takpe, yang penting bonding time selagi anak² belum merantau mencari rezeki

    BalasPadam
  6. gigihnya suami cie drive naik CH time cuti yer...MZ tak leh lah pergi tempat2 jem jd stress hahhaha kebetulan cuti pnjg kali ni memang dok rumah ajer sbb razeen lom sembuh...tapi ada jugak MZ kuar mengopi..esok MZ up entry..cie tq tau bg hadiah..nanti MZ buat entry (lom buat lagi)

    BalasPadam
  7. Rasa macam lama tak naik CH utk bercuti². Last naik CH tahun 2023 kot, atas urusan kerja. Tak berjalan sangat la, sebab pergi dengan bosses. Tapi tak gigih rasanya nak naik time cuti sekolah ni. 😅😅

    BalasPadam
  8. Menarik di Cameon tu..pernah ke sana dalam beberapa kali..rasa belum puas tengok2 dan udara sejuk sekali berkabus masa kami ke sana awal pagi ..hanya kenangan kini..

    BalasPadam
  9. Cuti2 pegi ch memang kenyang makan jem

    BalasPadam
  10. Last ke cameroon few years ago... Mmg dah lama tak ke sana.. tokyo town tu mmg tak pernah masuk lagi..

    BalasPadam
  11. Rajin suami Cie nak join hype jammed CH tu... hanya yang kental je hehe
    Husband akak kalau diajak ke CH awal-awal dah surrender. Mujur dulu masa anak-anak kecil kerap ke sana.

    BalasPadam
  12. Akak pun tengah berangan nak pi CH tapi tak mahu pi musim cuti sekolah tak sanggup nak tenguk jem. . Nak cari hari lain lah pulak.

    BalasPadam
  13. Dah lama tak naik CH.... pernah pergi time cuti sekolah dah nak habis... still jammed dan tak ada hotel yang kosong...sebab tak booked awal maka tido dalam kereta...

    BalasPadam
  14. Tak sabar nak tengok ros dan kaktus Cie beli. Nampak menarik, Tokyo Town. Sayanglah kalau tempat dah tak diselenggara dengan baik.

    BalasPadam
  15. Banyak kenangan juga di Cameron. Tapi jika pegi weekend memang melekat jammed.

    BalasPadam
  16. Aiiiih rindu juga BW ke blog kakak. Baru sempat sekarang 😅.

    Saya belum pernah ke CH. Dulu paling sering main ke Genting Krn nak ke themepark. Jadi tiap papa DTG ke Penang tiap libur semester, pasti saya dan adik minta ke genting 😄.

    Sayaang juga liat beberapa tempat ada yg terbiar yaa. Efek dari covid kemarin kah agaknya? Banyak tempat wisata di Indonesia yg setelah covid jadi terbiar juga tak terawat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.