Gitulah kalau naik Cameron hari cuti panjang. Faiz saja nak join hype jem kot tu yang ajak kami hari cuti panjang. Lepas kami tu hari seterusnya tu banyak posting kat group Facebook bagitau jem teruk kat Cameron.
Tokyo Town Cameron Highlands
Tempat ni baru la juga lagi dibuka kami belum pernah datang. Ni pun kakak Raisha cakap dia tengok kat Tiktok. Masuk free je. Parking pun luas jugak cuma jadi susah nak dapat parking kereta terlalu banyak.
Kami ke situ nak jalan-jalan bergambar jela. Nak ambil gambar pun kena cari spot yang takde orang. Ada jugak la gambar dicelah-celah orang. Ada jugak spesis takde common sense tu duk tercegat main handphone bila kita mintak laluan nak bergambar baru la bergerak.
Ada tempat makan, ada souvenir shops, ada jualan macam-macam, ada tempat sewa baju jepun, ada kiosk untuk bergambar, banyak la juga tarikan kat situ.
Kami beli fridge magnet, makan aiskrim, bergambar je. Lepas tu terus gerak keluar. Masa nak keluar parking tu jadi jem sebabnya yang jaga parking tu bagi laluan exit tu kereta masuk jadi stuck la. Dah la laluan sempit.
Sky Farm Cameron Highlands
Kat Sky Farm ni saja singgah Cie nak beli cactus dan bunga. Terkejut bila masuk situ macam tempat terbiar dah tak terjaga. Dengan lantai berlumut. Tempat makan dah takde macam rumah tinggal je.
Dulu meriah ada macam mini zoo, kedai jualan makanan, bunga-bunga, cactus. Masa anak-anak kecil kami pernah la makan wafle rasanya kat situ.
Mini zoo masih ada cuma macam terbiar. Pokok-pokok bunga, cactus ada je. Cuma tu la kedai tu sampai belakang ada waterfall bagai, yang depan saja masih ok. Yang belakang tu macam terbiar.
Kalau la mereka bersihkan semula tempat tu, kedai makanan tu buka semula mesti meriah. Mesti kebanyakkan yang singgah tu terkejut tengok kalau dah pernah datang situ sebelum ni.
Kami bergambar la jugak sikit lepas tu terus pilih cactus dan Cie beli sepasu bunga ros. Anak-anak beli aiskrim. Terus kami gerak balik.
Beberapa Tempat Persinggahan
Ada beberapa tempat kami singgah semasa day trip di Cameron Highlands sambil lalu turun nak balik. Lepas tu terus jela balik. Tempat lain dah biasa pergi. Sama je takde apa-apa perubahan pun. Cuma CH ni dah tak sejuk macam dulu-dulu.
Nanti entri lain Cie share apa Cie beli di Cameron Highlands.





















2 Ulasan
Uish!! Teruk juga jem nya tu.. Memang seram kalau naik musim cuti..
BalasPadamOwh.. ada tarikan baru ya.. Lama tak naik..
Sayangnya kedai tu dia tak maintain.. kalau jaga, ada ja orang datang kan..
Seronoknya dapat singgah tarikan baru Tokyo Town! Pengaruh TikTok Kakak Raisha memang mantap, hehe...aunty SA dah pernah sampai sini dah Kakak Raisha... Tapi itu la cabaran naik Cameron waktu cuti panjang, kena banyak sabar hadap jem, bab parking stuck, dengan ragam manusia lagi. Sayang kan Sky Farm tu dah nampak terbiar kat bahagian belakang, harapnya owner tempat tu boleh hias dan bersihkan semula bagi meriah. Selamat menjaga bunga ros baru Cie!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.