Day Trip Cameron Highlands: Beli Apa Tu?

Masa pergi day trip ke Cameron Highlands 29 Mei yang lepas Cie ada juga membeli serba sedikit apa yang dijual kat situ. Dah sampai Cameron kan so kena la beli something takkan nak balik dengan kereta kosong. 

Cuma strawberry je tak jumpa sangat. Ada pun size kecik, macam tak fresh je dan mahal. So kami decide tak beli la strawberry tu. Takdela nak makan sangat. Sayur pun kami takde beli. Dulu-dulu kalau ke Cameron wajib la beli sayur dan strawberry.

Cie kan buat contest teka tempat Cie pergi for day trip so dah alang-alang tu Cie beli terus la hadiah untuk pemenang dari Cameron. Tunggu Cie poskan nanti. Takde beli banyak pun. 

Masa kat Tokyo Town tu Cie beli fridge magnet dan ais krim je. Aiskrim coklat strawberry teringin pulak tengok nampak macam sedap je. Ok la not bad rasanya kami share je sebab banyak. Jenuh jugak nak habiskan tu. Cari port nak duduk pun jenuh takde meja yang kosong. Area situ banyak stall jual makanan dan minuman.




Lepas solat kat Masjid Abu Bakar tu, Faiz saja pusing naik ke Zenith Hotel. Sebelum naik ke Zenith Hotel tu ada nampak macam tapak khemah jualan. Kami pun singgah la lepas turun dari Zenith tu. 

Kat situ kami beli keychain adik Rania nak bagi kawan-kawan dia. Cie beli juga coin pouch. Jalan ke sebelah situ pulak ada tempat jualan teh, coklat dan makanan lain. Cie beli teh, lollipop, strawberry nougats.








On the way nak turun tu singgah Sky Farm. Kat situ beli cactus, bunga ros dan ais krim untuk 2 beradik tu. Kakak Raisha tak habis aiskrim dia. Cie la yang habiskan. 






Cari strawberry kat Sky Farm tu pun takde jugak. Meja yang ada tulis strawberry pun kosong takde tinggal penimbang. Taktaula dah takde stok atau bukan musim strawberry. Takdela nak beli sangat, kalau ada je boleh la beli.

Masa on the way nak balik tu Faiz berenti la tepi jalan tempat jualan jugak. Cadangnya nak cari strawberry. Ada tapi kualiti tidak memuaskan dan harga mahal. So Cie beli keledek jela. Yang purple beli 2 kilo, yang oren beli sekilo.



Bagi kat jiran, kakak-kakak, kakak ipar so settle la dah semua keledek tu. Beli sikit je pun cukup la merasa sikit sorang. 

Ni jela yang Cie beli. Takdela shopping banyak sangat. Apa yang sempat dibeli je. Kalau tak buat contest rasanya takdela Cie beli fridge magnet dan keychain tu.




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Untung duduk dekat dengan CH ya Cie, boleh day trip je.
    Kaktus akak beli dari sana, belum pernah panjang jangka hayatnya 😅

    BalasPadam
  2. Ubi manis dgn jagung manis wajib beli kalau ke cameroon highlands.. strawberry kalau murah boleh borong if not than kita pun tak beli..

    BalasPadam
  3. Keledek manis wajib beli tu kalau ke sana.. rebus makan panas-panas.. sedap nya lahaiii
    kaktus kalau beli pasti gagal.. bukan sahaja beli kat CH, kat mana-mana pun sama padahal orang cakap kaktus paling senang nak hidup 😅

    BalasPadam
  4. Peberet akak kalau pi CH ialah keledek, dengan jagung manis . rebus makan panas-panas dengan layan teh strawberry. Agaknya strawberry orang dah beli kut tu yang stok banyak habis.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.