Cuma strawberry je tak jumpa sangat. Ada pun size kecik, macam tak fresh je dan mahal. So kami decide tak beli la strawberry tu. Takdela nak makan sangat. Sayur pun kami takde beli. Dulu-dulu kalau ke Cameron wajib la beli sayur dan strawberry.
Cie kan buat contest teka tempat Cie pergi for day trip so dah alang-alang tu Cie beli terus la hadiah untuk pemenang dari Cameron. Tunggu Cie poskan nanti. Takde beli banyak pun.
Masa kat Tokyo Town tu Cie beli fridge magnet dan ais krim je. Aiskrim coklat strawberry teringin pulak tengok nampak macam sedap je. Ok la not bad rasanya kami share je sebab banyak. Jenuh jugak nak habiskan tu. Cari port nak duduk pun jenuh takde meja yang kosong. Area situ banyak stall jual makanan dan minuman.
Lepas solat kat Masjid Abu Bakar tu, Faiz saja pusing naik ke Zenith Hotel. Sebelum naik ke Zenith Hotel tu ada nampak macam tapak khemah jualan. Kami pun singgah la lepas turun dari Zenith tu.
Kat situ kami beli keychain adik Rania nak bagi kawan-kawan dia. Cie beli juga coin pouch. Jalan ke sebelah situ pulak ada tempat jualan teh, coklat dan makanan lain. Cie beli teh, lollipop, strawberry nougats.
On the way nak turun tu singgah Sky Farm. Kat situ beli cactus, bunga ros dan ais krim untuk 2 beradik tu. Kakak Raisha tak habis aiskrim dia. Cie la yang habiskan.
Cari strawberry kat Sky Farm tu pun takde jugak. Meja yang ada tulis strawberry pun kosong takde tinggal penimbang. Taktaula dah takde stok atau bukan musim strawberry. Takdela nak beli sangat, kalau ada je boleh la beli.
Masa on the way nak balik tu Faiz berenti la tepi jalan tempat jualan jugak. Cadangnya nak cari strawberry. Ada tapi kualiti tidak memuaskan dan harga mahal. So Cie beli keledek jela. Yang purple beli 2 kilo, yang oren beli sekilo.
Bagi kat jiran, kakak-kakak, kakak ipar so settle la dah semua keledek tu. Beli sikit je pun cukup la merasa sikit sorang.
Ni jela yang Cie beli. Takdela shopping banyak sangat. Apa yang sempat dibeli je. Kalau tak buat contest rasanya takdela Cie beli fridge magnet dan keychain tu.












19 Ulasan
Untung duduk dekat dengan CH ya Cie, boleh day trip je.
BalasPadamKaktus akak beli dari sana, belum pernah panjang jangka hayatnya 😅
Ubi manis dgn jagung manis wajib beli kalau ke cameroon highlands.. strawberry kalau murah boleh borong if not than kita pun tak beli..
BalasPadamKeledek manis wajib beli tu kalau ke sana.. rebus makan panas-panas.. sedap nya lahaiii
BalasPadamkaktus kalau beli pasti gagal.. bukan sahaja beli kat CH, kat mana-mana pun sama padahal orang cakap kaktus paling senang nak hidup 😅
Peberet akak kalau pi CH ialah keledek, dengan jagung manis . rebus makan panas-panas dengan layan teh strawberry. Agaknya strawberry orang dah beli kut tu yang stok banyak habis.
BalasPadamcie tak beli jagung ker? MZ kalau go CH, suka beli jagung...dannnn wajib beli bunga rose hahaha MZ kan flowers lover..kat CH bunga2 rose tu sgtlah murahhhhh
BalasPadamseronok jln2 cameron tu...dlu last pegi cameron time belum kawin...lps kawin tisya dh besar ni tk pernh jejak...
BalasPadamUntung Cie dekat dengan CH..x jauh perjalanan..tapi kalau Kak SA pergi..suka pergi gerak awal pagi...by 7am dah naik CH ikut Simpang Pulai...turun je ikut Tapah...tengok la nanti nak naik sana gak bawak PZ dan Dania...tempat2 macam tu suka la PZ pergi...
BalasPadamBestla Cie, beli sikit2 yg penting dpt beli banyak benda.. syukur dpt share kat family & jiran2
BalasPadamComel betul rantai kunci itu.
BalasPadamAlhamdulillah untung siapa yang dapat hadiah daripada Cie nanti.
Sedap keledek, bakar saja pun sedap
BalasPadamComel pokok² kaktus, banyak juga Cie beli tu. Tingginya aiskrim coklat strawberi. 😋
BalasPadamcomel la pokok kaktus tu
BalasPadamSeronoknya dapat jalan-jalan ke Cameron Highland. Lamanya tak kesana.
BalasPadamBestnyaa Cameron. Dulu Faa naik bawa balik berpapan petai. Gemuk2 semua petainya 😁 Siap makan petai ngan megi malam tu.
BalasPadamComey-comey la keychain tu...Suka tengok...=)
BalasPadamLagi tak musim strawberry mungkin ya kak. Tapi kan, saya nih pelik sikit. Pernah beberapa kali beli strawberry saat pergi ke tempat2 dataran tinggi. Macam Lembang di bandung atau Malino di Makasar. Saat coba kan, maniiis rasanya. Trus beli. Sampai JKT, berubah masam 🤣🤣.
BalasPadamItu yg kdg malas nak beli. Akhirnya kemarin tuh beli strawberry di Lembang, sampai JKT, saya buat jus. Campur susu kental manis, baru sedap 😄
Lama betul tak ke Cameron tapi risau bab jam atas bukit tu je. Bila cuti je semua naik bukit.
BalasPadamBila tengok Cie beli kaktus tu, teringin pula nak beli.. Sha ni kalau naik CH selalu beli ubi yang dah siap rebus ja.. kikiki
BalasPadamKeledek tu memang kami slalu beli kalau pergi CH. Strawberry pun selalu gak beli walau harganya tak murah mana
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.