2 Jun: Selamat Hari Lahir Buat Suami Tercinta

Hari ini 2 Jun hari yang cukup bermakna buat insan yang paling istimewa dalam hidup. Selamat hari lahir buat suami tercinta, teman hidup yang sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang.

Macam birthday i pulak beria pegang pisau. Hahaha

Small celebration 1 Jun di rumah kakak. Nanti cerita dalam entri lain

Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Semoga pertambahan usia ini membawa lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, ketenangan hati dan kebahagiaan dalam hidup. Semoga segala impian dan usaha dipermudahkan Allah SWT serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Dalam sesebuah rumah tangga, bukan semuanya indah setiap masa. Ada hari ketawa, ada hari diuji. Tetapi kehadiran suami sebagai pasangan hidup menjadikan setiap perjalanan itu lebih bermakna. Terima kasih kerana sentiasa sabar, memahami dan menerima kekurangan ini seadanya.

Semoga kasih sayang yang dibina terus kekal hingga ke syurga. Moga hubungan ini sentiasa dipenuhi rasa cinta, hormat dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Selamat hari lahir suamiku. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa menjadi suami serta babah yang terbaik buat anak-anak.

Alfatihah buat mak mertua yang melahirkan suami.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. happy birthday utk husband Cie..hah mcm Cie plak yg dirai ye sbb pegang pisau nk potong kek hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.