Sarapan Pagi 17 Jun 2026: Roti Bakar Dan Telur Separuh Masak

Selamat bercuti bagi yang cuti hari ni sempena Awal Muharam. Ada syarikat swasta yang tak ambil kan public holiday hari ni? Kerajaan memang ambil so dapat la cuti hari ni walaupun tengah minggu.

Korang sarap apa pagi ni? Cie buat sarapan roti bakar dan telur separuh masak je. Taktau nak masak apa dah. Malas nak keluar mencari sarapan. Adik Rania ada training choral speaking 9.30am.


Telur separuh masak tu Cie guna bekas kuning tu. Ambil air panas dari Midea je. Mulanya tak menjadi masih cair. Lepas tu Cie panaskan semula dalam kuali air tu masukkan je dalam bekas kuning baru la menjadi. Air kena betul-betul panas.

Roti bakar buat 2 jenia roti Gardenia dan roti yang macam kat kopitiam tu. Roti Gardenia Cie bakar dalam toaster. Yang roti kopitiam tu Cie bakar dalam oven. Dah siap bakar tu baru sapu kaya dan letak butter. Lepas tu baru potong.


Roti bakar ni kena makan panas-panas baru sedap. Kalau dah sejuk jadi liat pulak. Pekena pulak dengan telur separuh masak, kicap dan lada sulah. Memang ngam betul.


Siap sarapan dah boleh beristirehat sambil mengadap blog. Ni jela rutin Cie sejak dah tak buat bisnes. Ada masa terluang memang mengadap blog jela.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Suami dan anak2 saya kemarin lah jadinya cuti kerja dan sekolah. Semua memang libur Krn public holiday. Tapi hari ini dah balik normal, semua dah masuk lagi.

    Saya pula packing utk berangkat esok 😄. Solo trip pertama seumur hidup 🤭.

    Roti bakar nih memang wajib panas2, apalagi dipanggang dlm oven. Cepat liat. Kalau masih panas, baru sedap 😍

    BalasPadam
  2. Tebal butter dalam roti bakar tu. Sedap, pekena roti bakar dengan kopi atau teh panas. Betul, kalau nak guna bekas kuning tu, kena guna air menggelegak, baru elok kejadian telur.

    BalasPadam
  3. wah roti bakar mcm kat kopitiam dah tu.. sedap la makan panas2

    BalasPadam
  4. Mcm kt Coffee bean dh menu tu cie.. Puas mkn tu buat sdiri

    BalasPadam
  5. Wah rajin buat sendiri roti bakar ala kopitiam.

    BalasPadam
  6. Wow..Dh mcm dkt old town white coffee dah ni roti bakar dia =D

    BalasPadam
  7. wahhh sedapnyaaa! fav sangat ni

    BalasPadam
  8. Saya pon suka buat roti bakar, simple dan mengenyangkan

    BalasPadam
  9. Dah boleh buka kopitiam dalam rumah hehe..
    Company akak kerja sebab ganti cuti raya ritu.

    BalasPadam
  10. Ammi semalam buat nasi goreng je untuk sarapan dan bakar roti juga sebab nasi goreng tu portion tak banyak

    BalasPadam
  11. waaa sama mcm entry MZ laaaa butter kaya toast

    BalasPadam
  12. Wah ..oerfect ..ingatkan kat kopitiam...rupanya homemade..terbaik Cie

    BalasPadam
  13. Kalau rushing, memang bawa bekal keje roti bakar macam ni je. Mudah. Boleh letak banyak kaya, hewhew.

    BalasPadam
  14. Betul tu.. Roti bakar kalau dah sejuk memang liat..
    Syok makan panas-panas..

    BalasPadam
  15. Sarapan yang ni akak suka...all time fav..tapi kena aa telur separuh masak.

    BalasPadam
  16. Sedapnya tengok roti bakar dengan telur separuh masak tu. Memang menu simple tapi kalau makan panas-panas memang puas hati. Selamat bercuti Awal Muharam juga ya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.