Sarapan Pagi: Cucur Udang Crabstick Sayuran

Apa aktiviti korang hari Ahad ni? Awal pagi Cie dah masuk kitchen sediakan breakfast. Cie masak cucur udang crabstick. Ada 2 versi yang kosong dan bersayur. Anak-anak tak makan sayur jadinya kena la buat asing. 


Cie ada share resipi dah sebelum ni kot ada yang nak buat juga boleh cuba buat. Ubah-ubah bahan je. 


Tadi Cie buat letak udang kecil dan crabstick potong kecil. Yang adunan sayuran tu tambah taugeh, kucai, carrot, bawang besar. Tu jela. Letak serbuk perasa cukup rasa dan serbuk kunyit sikit nak bagi warna kekuningan.







Untuk cicah pulak ada sos thai, sos tomato + serbuk lada hitam, mayonis. Sambal cili tu leftover sos nasi ayam beli Jumaat baru ni. Banyak sangat sambalnya tu. Cie simpan dalam chiller, panaskan je tadi. 


Arwah MIL kalau buat cucur udang mesti makan dengan sambal cili gitu. Bila dia takde menurun ke kakak ipar Cie. Tapi tetap tak sama dengan air tangan MIL.

Siap breakfast lari balik kampung kejap. Nak ambil pinggan kat kampung untuk staf Cie nak pergi pertandingan memasak 30 Jun nanti. Tema kampung kena la guna pinggan lama arwah mak punya. Tema masakan etnik Pahang. So kena vibes kampung la. 



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wahhhh sedapnya breakfast. Rajin sungguh Cie. Untung family Cie ada mama rajin masak

    BalasPadam
  2. Yang ada sayur banyak tu sedappp...selalu Linda letak crabstick dengan kentang je.. lobak kalau ada terjunkan sekali..

    BalasPadam
  3. Akk tak terbuat² lagi cucur crabstick ni. Asyik lupa nak masukkan crabstick bila buat cucur tu.

    BalasPadam
  4. Cie, seorang ibu yang rajin, cucur pun buat dua versi. Selera betul tengok yang sayur tu. 😋

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.