Sampai kedai buka Alhamdulillah rezeki. Ramai juga orang waktu lunch. Tinggal beberapa je meja kosong. Konsep kat situ kena order di kaunter. Cie cop tempat dulu, 3 beranak tu je yang order kat kaunter.
Nak dijadikan cerita kami pelik juga lama betul order kami tak sampai-sampai. Air je sampai cepat.
Sirap bandung untuk Faiz. Cie punya mojito mangga. Adik Rania dan Kakak Raisha order iced lemon tea.
Cie takdela menanya. Cie duk la update entri blog untuk schedule minggu depan. Fokus sangat sambil selang seli berborak dengan anak-anak so takdela kesah makanan lambat tu.
Masa Cie terpandang ke staf kedai tu dia cakap sekejap ye order sampai. Cie senyum dan angguk je. Tak lama lepas tu tiba-tiba dia hantar ayam cheese, Cie baru nak cakap takde order. Staf tu cakap owner belanja ni. Maaf terlepas pandang order kami katanya so mereka tengah masak ayam.
Kami ok je memasing terus la makan ayam cheese tu dulu. 5 minit lepas tu sampai la makanan yang dipesan 2 nasi geprek, 1 nasi ayam penyet. Cie tak order sebab tau dah makanan kat sini portion banyak jadinya share jela nanti tak habis.
Beza sambal geprek dan penyet
Hasil kutip dari semua pinggan. Babahnya pun tak makan tempe dan tauhu
Portion memang besar. Adik Rania pun tak habis ayam dia. Kakak Raisha bahagi 2 dengan Cie nasi dan ayam. Sebab tu la Cie tak order makanan. Banyak protein Cie hari ni dari ayam, tempe dan tauhu.
Total semua RM58.60. Pukul 3 dah makanan tadu sampai. Kat resit tu 2.17pm siap order. 45 minit jugak la. Tapinya kami ok je. Takdela nak marah ke apa mereka pun dah mintak maaf sejuk la juga hati kita ni.
Siap makan terus balik rumah. Takde tempat persinggahan dah. Malam tak masak dah kot kenyang juga makan nasi dah lewat.












13 Ulasan
Salam singah, maaf belum klik entri lain..makanan paling cepat di sajikan..enak lazat..
BalasPadamUmur saya janagn keras ayam tu..tak larat nak kunyah ..hehehe
BalasPadamSiap ada free lagi..sejuk juga la hati ..Cust tetap ni..tu yg dah kenal..hihihi
BalasPadamTakdela cust tetap. Jarang juga makan kat situ. Nak kata setiap bulan tu memang tak. Kalau kerap makan tu yela kenal 😁
PadamSame here...Kalau lapar sgt baru order sorg satu. If not mmg 3 set je then share =D
BalasPadamAyamnya jenis crispy kot eh.. sedaplah tu.
BalasPadamOkay lah kena masuk blog Cie petang sikit nampaknya sebab banyak sangat gambar makanan. KSarie udah la mudah tergoda😅
BalasPadamKalau memang dah hapal kebiasaan makan masing2, dan tahu porsi makanan di resto nya, memang bagusnya pesan secukupnya ya kak. Jadi tak ada yg terbuang mubazir 👍👍
BalasPadamrasa nak marah jugak kan makanan sampai lambat. nasib baikla dia mintak maaf dan bagi ayam cheese tu utk sejukkan hati. tak jadi nak marah
BalasPadamLama juga eh kena tunggu sampai 45 minit. Tapi baguslah Cie jenis rileks dan tenang je siap boleh fokus update dan schedule entri blog lagi. Alang-alang menyelam sambil minum air, tahu-tahu makanan pun sampai bersama hidangan ekstra!
BalasPadamoklah tu siap dpt free food wpun kena menunggu lama utk dpt mknn yg di order
BalasPadamEven lambat pun mereka tetap bagi alas perut. Bagus juga tu.
BalasPadamItulah bagus minta maaf dan bagi makanan percuma 🤗
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.