Taklimat Permohonan PKSK 2026

Jumaat baru ni sekolah adik Rania ada mengadakan taklimat permohonan PKSK bermula 10.45am hingga 12pm. Cie tak ambil cuti, just isi HRMIS mohon kebenaran Ketua Jabatan je. Rugi pulak kalau nak cuti. 


Cie isi kebenaran bermula 10.15am hingga 12.15pm (2jam). Kebenaran keluar pejabat boleh mohon hingga 4 jam. Hari Jumaat rehat mula 12.15pm so Cie mohon sampai 12.15pm jela. Cie keluar office 10.15am, 10.20am sampai dah depan sekolah jadi dapat la parking depan pintu sekolah. 

Selfie la dulu 1 kali sementara nak tunggu 10.45am. Terus jadi flawless muka pakai Vivo ni 

10.45am baru Cie masuk bila tengok ada dah beberapa orang parents mula masuk. Pelajar yang ada parents boleh duduk sekali dengan parents. Adik Rania nampak ibu terus jemput ibu. 


Taklimat ni tak semua sekolah buat. Inisiatif sekolah adik Rania je nak buat untuk pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa. Tak ramai pun ibu bapa yang dapat hadir mungkin atas tuntutan kerja kan. 


Masa kakak Raisha dulu tahun 2024 takde pun cikgu buat. Cie pun main isi jela. Tu pun tau dari akak staf hospital tu anak kami sekelas. Kalau dia tak share info memang taktau la pasal ujian PKSK dan UKKM dulu. 

Sebelum taklimat bermula macam biasa la bacaan doa dari pelajar dan ucapan Guru Besar. Selepas itu baru la taklimat bermula. Cie sempat la snap gambar slide. Ada juga tips cikgu bagi. 



SBPI Temerloh la dulu kakak Raisha taknak pergi. Ralat jugak tapi dah dia taknak. 

























Cikgu minta parents kemaskini maklumat dalam IDME dulu dari segi pendapatan dan lain-lain. Cie dah kemaskini dari awal tahun lagi guru kelas ingatkan. Maklumat pendapatan je ada perubahan setiap tahun ada kenaikan gaji. 

Dari info yang cikgu sampaikan untuk MRSM ada beberapa jenis:
  • MRSM Premier: biasa
  • MRSM Stem excellence: silibus laju
  • Bitara: budak-budak yang memang dianugerahkan pandai sejak dari azali
  • Ulul albab: temuduga, hafazan
  • IGCSE: international general certificate of secondary education (waktu form 4 ujian) - boleh belajar luar negara, ditanggung oleh ibu bapa sendiri semua kos
  • Teknikal: subjek tambahan untuk kejuruteraan & computer
Cikgu juga nasihatkan untuk letak pilihan pertama bagi sekolah pilihan. Kebarangkalian nak dapat tu lebih tinggi. Tapi tu la rasanya ikut rezeki jugak. Masa kakak Raisha dulu pilihan pertama Cie letak SMS Raub, SBPI Temerloh pilihan kedua yang dapat. Kawan-kawan kelas kakak ada 3 orang mohon SMS Raub pilihan pertama dan mereka dapat. 

Rezeki kakak Raisha dapat SBPI Temerloh mungkin sebab dia antara top 20 pelajar terbaik UPKK 2023 Negeri Pahang dulu. Tu agaknya dia dapat pilihan kedua. Cie dulu pilih pun sebab nak cari yang terdekat dengan Lipis je. Takde rezeki nak sekolah di situ. Takpelakan. 

Untuk adik Rania ni kita tengok la macam mana nanti. Semoga ada rezeki adik Rania dapat tawaran mana-mana nanti. 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Bijak2 anak2 Cie. Tahhniahh. Semoga Rania juga dapat tawaran mana2 SBP nanti. Fly high Raisya dan Rania 🥳

    BalasPadam
  2. Semoga Allah maqbulkan hajat Rania ke sekolah yang dipilih...Belated congrats untuk Kak Raisya..Masyaa Allah hebatkan Kak Raisya..semoga terus cemerlang

    BalasPadam
  3. Semoga yang baik² je..
    Linda pun saja nak cuba untuk abang Mueez nanti...saja ambik pengalaman

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.