Tak silap Cie bulan Mei pendaftaran dibuka. Cie pun daftar la untuk Cie dan anak-anak dengan yuran penyertaan RM35 untuk anak-anak dan RM40 untuk Cie. Minggu lepas ada staf hospital yang jadi AJK tolong ambilkan race kit di Lipis Centrepoint.
Seawal 7 pagi Cie dah mintak Faiz hantarkan ke office dulu Cie nak letak beg. Nak bawak handphone je brisk walk. Tempat flag off di sebelah hospital je, Dataran Orang Kaya Haji. Staf jabatan Cie yang perempuan semua join nak dapatkan sijil. Ada yang cuti, ada yang kerja syif petang sempat la join sekejap je Brisk Walk 3KM je.
![]() |
| Singgah office letak beg |
Ada 2 acara Fun Run 5KM dan Brisk Walk 3KM. Cie ambil 3KM je cepat sikit sampai. Medal dan goodies bag sama je. Style kat Lipis ni Fun Run pun berjalan je jarang sangat la ada yang berlari tu. Dulu-dulu selalu join 5KM tu memang berjalan jela. Berjalan pun penat.
Seawal 7.30pagi acara dimulakan dengan senamrobik dulu. Lama jugak dalam 30minit. Cie ikut lebih kurang je nanti penat pulak nak berjalan.
Dapat la 3.26KM selama 48:46. Jalan pace biasa-biasa je orang ramai. Terpaksa mencelah-celah untuk potong. Untuk kedua-dua acara tu peserta 1000 orang. Laluan pulak memang atas jalan raya dengan kawalan polis trafik la.
Sampai kat garisan penamat terus diberikan medal dan goodies bag dalam tu ada la pamplet macam-macam, ada air minuman dan roti. Boleh juga ke gerai yang disediakan percuma saja. Air 100 plus, yakult, air balang, kuih muih, buah manggis dan juga keychain.
Ada juga cabutan bertuah. Tapi biasa la Cie ni tak bertuah la selalunya. Sampaikan staf Cie cakap puan tak dapat la tak bertuah. Memang betul tak dapat. Hahahah. Semua geng kami takde yang dapat pun. Takde rezeki. Banyak cabutannya meriah hadiah ada dapat ipad, gold bar, basikal, oven.
Yang ipad tu tadi 4 cabutan baru ada pemenang. Nombor dipanggil tapi takde yang ke depan. Rezeki yang keempat tu la dapat.
Sijil penyertaan diberikan secara online. Scan QR dan sijil akan dihantar ke alamat emel. Boleh la tambah sijil untuk sumbangan dan kegiatan dalam MyPerformance.















11 Ulasan
lama sungguh tak ke lipis, dulu-dulu kerap juga. tahniah, aktiviti yang bagus.. banyak pulak gift tu. saya pun suka join aktiviti macam ni, tapi fun walk je la, nak fun run tak daya dah..hehe
BalasPadamTahniah Cie kekalkan gaya hidup sihat. Cantik medalnya. Funwalk ni biasanya ramai peminat sebab santai-santai aje jalannya kan walaupun boleh berjalan laju-laju.
BalasPadamUnik ada dapat manggis.
BalasPadamHaha alamak rugi betul nombor yang dipanggil takde orang ambil hadiah.
Seronoknya jalan beramai-ramai.
sronok join fun run tu...dpt medal...tk pernh lg join fun run
BalasPadambestnya aktiviti gini. teringin nak join!
BalasPadamramainya yang join sampai 1000 orang, boleh imagine macam mana sesak sampai kena menyelit tu.
BalasPadamFuyoo chaiyokkk arrr masuk fun run.. Sis ni geng lama mengajak tapi itulah sendiri takut tak mampu nak lari hehehehe
BalasPadamSeronoknya join fun run ni.
BalasPadamWha! Bestnya dapat medal dan sijil!
BalasPadamTapi kenapa main logo nya tak seragam kat backdrop, baju, medal dan sijil kan? Semua lain2,...
Seronok join fun run seisi keluarga. Tahniah berjaya menamatkan larian. Cantik medal dia. Banyak juga dapat tu.
BalasPadamWahhh..Seronoknya. Nnt nk try jgk join mana2 event dkt KL ni =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.