Pes Masak Lemak Kak Zaidah

Hasil memborong masa lawatan ke Kak Zaidah Food bulan Julai yang lepas Cie ada juga beli 1 peket pes masak lemak. Saja je beli nak rasa. Masa tu ada promo beli 5 pes RM30. Harga asal RM8 sepeket. 


Ni masa Kak Zaidah buat demo hari lawatan tu

Cie dah pun try buat ayam masak lemak menu dinner. Pes ni memudahkan untuk orang yang nak cepat dan taknak renyah. Tak perlu nak menumbuk, tak perlu nak blend bahan. 


Ni hasil yang Cie masak

Guna pes tu cuma tambah ayam / ikan / seafood, santan, daun kunyit kalau nak letak. Leburkan je dalam periuk / kuali biar je sampai masak. Kiranya jimat masa penyediaan bahan. 

Rasanya tu bagi Cie ok la jugak. Kuah jadi pekat dan berminyak sikit. Pes tu pun rasanya dimasak dengan minyak untuk mengekalkan kualiti. 

Untuk orang tak pandai masak pun mudah la guna pes ni. Tak payah fikir nak letak apa dah. 1 peket tu boleh guna untuk 1/2 ekor ayam. Kalau 1 ekor pun boleh je kot.

Cie hari tu masak 6-7 ketul ayam pun ada leftover kuah boleh makan lagi keesokan harinya panaskan je. 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Saya biasa beli pes masak lemak jenama Brahim. OK la sedap jugak.

    BalasPadam
  2. mudahnya kalau ada pes camni. cepat urusan memasak kalau tak cukup masa

    akak tukar link blog ye cie

    BalasPadam
  3. Nampak sedap yang Cie masak.
    MLCA ni bahannya kira mudah, tapi kalau ada pes lagi mudah jimat masa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.