Selamat Hari Kebangsaan 2026: Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

Selamat Hari Merdeka Yang Ke 69

31 Ogos datang lagi!

Bila tiba bulan Ogos, mesti suasana Merdeka mula terasa. Jalur Gemilang mula berkibar di sana sini, lagu-lagu patriotik kedengaran dan warna merah, putih, biru serta kuning mula menghiasi pelbagai tempat.


Tahun ini, kita menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dengan tema rasmi 

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Merdeka bagi Cie bukan sekadar tentang sambutan, perarakan atau mengibarkan bendera. Merdeka juga tentang kehidupan yang kita nikmati hari ini, boleh bekerja, mencari rezeki, keluar berjalan-jalan, makan makanan kegemaran, bercuti bersama keluarga dan menjalani kehidupan seharian dengan aman.

Kadang-kadang benda yang nampak biasa itulah sebenarnya sangat bernilai.

Bila tengok Jalur Gemilang berkibar, teringat juga betapa panjangnya perjalanan negara kita untuk sampai ke tahap hari ini. Berbeza bangsa, agama, budaya dan adat, tetapi kita tetap berkongsi satu negara yang sama.

Malaysia mungkin tak sempurna. Ada saja perkara yang kita rungutkan setiap hari. Harga barang, trafik, kerja, cuaca panas dan macam-macam.

Tapi dalam banyak-banyak rungutan itu, jangan sampai kita lupa untuk menghargai nikmat hidup dalam sebuah negara yang aman.

Merdeka juga mengajar kita untuk menghargai pengorbanan generasi terdahulu. Apa yang kita nikmati hari ini bukan datang dengan mudah.

Jadi sempena 31 Ogos 2026, marilah kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang, hargai negara kita dan paling penting, terus jaga keharmonian antara satu sama lain.

Tak perlu tunggu sambutan besar untuk tunjuk rasa sayang kepada Malaysia. Buat yang kecil-kecil pun dah cukup.
  • Jaga kebersihan.
  • Hormati orang lain.
  • Bantu apabila diperlukan.
  • Jaga keamanan.
  • Dan jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat sebaik mungkin.

Selamat Hari Merdeka!

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan menjadi tempat yang baik untuk kita dan generasi akan datang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. yes, it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    BalasPadam
  2. Salam Hari Kemerdekaan buat kita semua, semoga negara kita terus makmur, aman damai sejahtera serta dijauhi dari segala musibah.

    BalasPadam
  3. salam kemerdekaan yang ke 69 tahun

    BalasPadam
  4. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    Salam merdeka untuk cie sekekuarga juga

    BalasPadam
  5. Salam meredeka ke 69 negaraku!

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut hari kemerdekaan Cie dan family..

    BalasPadam
  7. Terima kasih.. https://ejulz.blogspot.com/2026/08/senarai-pengomen-tegar-ogos-2026.html

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Kemerdekaan untuk kita.

    BalasPadam
  9. Setujuuuu. Macam di sini juga... Kita boleh tidak setuju dengan pemerintah , benci dengan presiden nya, tp cinta kepada negara nya tidak boleh berkurang. Itu yg selalu saya tanam dlm mindset. Sebenci apapun saya dengan presiden yang sekarang, saya tetap cinta negara saya.

    Jadi yg saya lakukan tetap mendukung negara dengan menghormati segala perbedaan, jaga kebersihan, support usaha kecil lokal, cinta produk negara, cinta bahasanya, dan tetap memperkenalkan wisata negeri sendiri melalui tulisan .

    Banyak cara utk kita membela negara. 👍

    Happy independence day Malaysia. My second home , kalau lagi stress dengan jakarta 😂

    BalasPadam
  10. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Bersyukur sangat dilahirkan di negara Malaysia ni. Semoga Malaysia terus aman damai dan harmoni. Aamiin...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. semoga Malaysia sentiasa aman.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.