Giveaway 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz

2 September 2011 – 2 September 2026

Alhamdulillah, tak sangka dah 15 tahun Cie dan Faiz melayari kehidupan sebagai suami isteri.

15 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek. Ada masa bahagia, ada masa pening kepala, ada masa gelak sama-sama dan ada juga masa masing-masing buat muka masam. Haha. Tapi itulah namanya kehidupan berumah tangga.

Sempena anniversary kami yang ke-15 ni, Cie nak buat sedikit giveaway khas untuk rakan-rakan blogger dan pembaca blog yang selalu singgah, komen dan support Cie selama ni.


Macam tahun lepas Cie buat GA ucapan paling best. Kali ni Cie buat syarat yang paling mudah. Tak payah jawab soalan, tak payah tulis ucapan panjang-panjang dan tak perlu pening kepala. 


Cara Nak Join Giveaway

1. Follow blog Cie: www.roziahmuhammadnor.com

2. Tinggalkan komen di entri ini dengan ayat berikut:
Happy 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz” ❤️

Itu sahaja! Secara automatik korang dah dikira sebagai peserta giveaway.


Tempoh Giveaway

Mula: 2 September 2026, jam 7.00 pagi
Tamat: 15 September 2026, jam 7.00 pagi

Jadi ada lebih kurang 2 minggu untuk korang join. Jangan sampai terlupa sudah!


Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan Wheel of Names selepas giveaway tamat.

Pemenang akan diumumkan pada 16 September 2026.

Tak perlu buat apa-apa lagi. Just follow blog dan tinggalkan komen yang diberikan, settle!

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan blogger dan pembaca yang masih sudi singgah di blog Cie, baca cerita, tinggalkan komen dan support Cie selama ni.

15 tahun perkahwinan kami dan blog pun dah melalui banyak tahun bersama korang.

Jadi giveaway kecil ni Cie anggap sebagai tanda terima kasih dan nak berkongsi sedikit kegembiraan sempena hari istimewa kami.

Good luck semua!

Dan kepada yang join, Terima kasih sebab sama-sama meraikan 15 tahun Cie & Faiz!


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Happy 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz

    Semoga kekal bahagia sampai bebila 🤩🤩

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.