Free slurpee kat 7E ni takde kena beli apa-apa pun boleh je claim. Ada sesetengah apps tu kena beli juga something baru boleh claim.
Dah alang-alang nak redeem slurpee terus jela beli makanan lunch untuk 25 November yang lepas. Masuk 7E ni memang banyak la borong.
Nak jimat dan berbaloi beli la item yang ada sticker 7 meals. Dapat makanan dan air sekali. Adik Rania nak aiskrim. Bawak budak ni memang makan modal sikit.
Beli 3 burger dan 1 pasta. 3 beranak tu burger, Cie makan pasta. Air tu ada beberapa pilihan. Kami ambil yang fuze tea jela semua. Waktu lunch selalunya menu gini je kami makan kecuali Jumaat selalunya menu nasi for lunch.
Cheezy wedges pun Cie order juga. Kat 7E ni RM5.90 je. Sebenarnya ada sos pedas tu sekali. Cie request nak cheese sauce je taknak sos pedas tu anak-anak tak suka. Mayonis takde kat 7E.
Selesai redeem free slurpee sempena bulan birthday. Free plushie dah ada 3 voucher tu tapi tak dapat nak redeem kat 3 7E Cafe di Lipis ni semua dah habis. Saja je nak redeem benda free walaupun dah banyak ada kat rumah ni taktau nak buat apa je.






0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.