Cie hadir dengan Faiz, bayaran dikenakan RM30 untuk ibu dan bapa. Untuk pelajar je tak perlu bayar. Cie pakai baju kurung riau Anggun Cotton Collection baru beli memang untuk pakai di majlis adik Rania.
Seawal 8.45 pagi kami dah sampai ke Dewan Residen. Ramai dah orang datang. Sampai kat depan dewan ada kaunter bouquet, adik Rania dah booking dari cikgu sekolah. So babahnya kena bayar RM15. Masa kakak Raisha dulu, ibu buat sendiri je guna bouquet lama je. Adik Rania ni dah booking dulu terpaksa la bayar juga.
Masuk ke dewan kena beratur ambil sarapan. Dapat 2 jenis kuih karipap dan kuih koci serta air mineral. Lepas tu baru cari tempat duduk. Tak banyak tempat duduk bahagian tepi yang kosong, dapat duduk kat tengah tapi ditepi jugak la. Ada pelajar hantar doorgift kepada ibu bapa yang hadir.
Majlis lambat jugak bermula dalam pukul 10 selepas tetamu VIP sampai. Macam biasa la ada ucapan Guru Besar, ucapan tetamu jemputan yang merasmikan majlis, persembahan tarian dari pelajar tahun 6, ada tayangan video montaj.
Waktu tayangan video montaj tu Cie sebak jugak masa cikgu-cikgu kelas dan pentadbir sekolah bagi ucapan. Nampak keikhlasan cikgu-cikgu mencurahkan ilmu kat semua pelajar.
Tak dilupakan juga pelajar PPKI (program pendidikan khas intergrasi) juga diraikan. Masa tayangan video montaj pelajar PPKI tu Cie sebak jugak. Mereka tu sebaya adik Rania, Allah pilih mereka menjadi istimewa dan penghuni syurga. Mesti perasaan parents anak-anak PPKI ni rasa tersentuh juga tengok anak-anak orang lain. Semoga yang baik-baik mengiringi anak-anak PPKI.
Untuk majlis graduasi ni ada 2 anugerah je yang disampaikan iaitu:
- Anugerah Persona Unggul: diberikan kepada 2 orang pelajar bagi setiap kelas (lelaki dan perempuan) - pengiktirafan diberikan kepada murid yang menyerlah dari segi sahsiah, keperibadian, kepimpinan dan menjadi contoh tauladan kepada rakan-rakan.
- Anugerah Khas Guru Besar: diberikan kepada pelajar yang mewakili sekolah di peringkat kebangsaan - tenis, ragbi, bicara berirama.
Alhamdulillah adik Rania merupakan penerima Anugerah Persona Unggul. Masa rehearsal adik Rania cakap dia dapat anugerah tapi cikgu tak cakap anugerah apa. Mungkin nak buat kejutan. Hari majlis baru tau. Cie duk tertanya juga anugerah apa la adik Rania dapat. Macam tak sangka.
Cie pun terkejut juga seramai 30+ murid kelas adik Rania dan dia terpilih menerima anugerah ni. Alhamdulillah terima kasih buat guru-guru yang memilih Syafiyah Rania sebagai penerima amugerah bagi kelasnya.
Selepas penyampaian 2 anugerah tu, penyampaian sijil berhenti sekolah dan setiap pelajar menerima beg sekolah. Untuk Anugerah Persona Unggul tu adik Rania dapat plaque, bouquet dan sijil.
Sebelum majlis berakhir ada lagi persembahan pelajar menyanyikan 2 buah lagi iaitu laskar pelangi dan memori tercipta. Ada beberapa orang pelajar sahaja terpilih menyertai koir. Adik Rania pun terpilih masuk koir tu. 2-3 hari jugak berlatih sebelum majlis.
Selepas majlis berakhir sesi bergambar dan juga diberikan makanan untuk tengahari iaitu nasi minyak, ayam masak merah, acar timun. Majlis habis dalam pukul 12 lebih.
Banyak juga gambar adik Rania dan kawan-kawan. Malas nak upload. Simpan sebagai kenangan jela.












1 Ulasan
Tahniah Rania .. Smoga trus cemerlang.. Cantik door gift tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.