0

BAHAN:
20gm pasta makaroni
1 potong ikan salmon [direbus & diambil isinya]
1 biji lobak merah [direbus]
5gm kismis
500ml susu segar
Air untuk merebus

CARA MEMASAK:
1. Rebus makaroni sehingga empuk & tos.
2. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar bersama ikan salmon, lobak merah & air rebusan lobak. Kisar sehingga hancur & halus.
3. Akhir sekali, masukkan semula ke dalam periuk bersama susu segar secukupnya. Kacau sehingga menjadi pekat & sebati.

Info Chef: selain pasta makaroni, boleh juga digantikan dengan aneka pasta yang lain mengikut cita rasa. Namun pastikan ia dikisar halus.

Waktu memasak : 10 minit
Jenis hidangan : moden
Keistimewaan: menyelerakan & mengenyangkan
Jenis penyediaan: bubur
Cara memasak: rebus, didih & kisar

#RASA edisi Januari 2013

Post a Comment Blogger

 
Top