Trimester III - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 6 April 2013

Trimester III

Trimester Ketiga (27 minggu - bersalin)
IBU: Ini merupakan saat paling meletihkan buat si ibu, namun dalam masa yg sama, bakal ibu teruja kerana saat melahirkan semakin hampir. Saiz perut yg semakin membesar membuatkan si ibu sukar tidur kerana pendek nafas, pedih ulu hati & kerap terkencing kerana uterus menejan pundi kencingnya. Apabila kepala bayi sudah masuk ke salur peranakan, si ibu akan berasa hendak terkencing lebih kerap.
BAYI: Pergerakan bayi semakin aktif. Rambut, kuku & gigi bayi sedang tumbuh & bayi boleh mengelipkan matanya. Paru-paru bayi akan terbentuk sepenuhnya dalam tempoh ini. Jika bayi dilahirkan dakam tempoh 25-30 minggu, ia boleh hidup dengan bantuan teknologi perubatan. Lemak-lemak disimpan sebagai persediaan utk dilahirkan. Apabila tiba masa untuk dilahirkan pada minggu ke-38, bayi sudah mencapai panjang 48-53 cm dengan berat sekitar 2.7kg - 3.5kg.
#sumber: buku Penjagaan Ibu & Si Kecil

No comments:

Post a Comment