Trimester Kedua (13 -26 minggu)
IBU: Perut & payudara anda semakin membesar & ini mungkin menyebabkan kulit meregang (stretch mark). Gunakan krim yg disyorkan utk mengatasi masalah ini. Satu garisan mungkin terbentuk menegak pada perut dibawah pusat - yg akan hilang kemudiannya. Ibu boleh merasakan pergerakan bayi buat kali pertama pada bulan ke4. Anda juga mungkin terasa pengecutan abdomen bawah (kontraksi braxton hicks) yg datang & pergi. Jika rasa sakit ini berlaku dengan kerap, beritahu doktor kerana ia mungkin petanda kelahiran pramatang.
BAYI: Saiz janin makin membesar & bayi semakun kuat. Jantinanya juga terbentuk & buah pinggang bayi mula berfungsi. Pada minggu ke-20, bayi boleh mendengar bunyi-bunyian, jadi gunakan masa ini untuk berinteraksi dengan bayi anda. Janin juga mula mempunyai raut wajah bayi baru lahir. Saiz bayi pada akhir minggu ke-24 ialah sekitar 36 & beratnya kira-kira 1 kg.
#sumber: buku Penjagaan Ibu & Si Kecil
.: COLOUR PALETTE :.
-
Assalamualaikum
dok bermain-main dengan warna sekarang nie.
tiba-tiba terasa nak cat dinding rumah nanti dengan warna selain putih /
cream
warna utama k...
8 hours ago
No comments:
Post a Comment