Kekal Cergas Semasa Hamil - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 24 February 2014

Kekal Cergas Semasa Hamil

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: July 14, 2013

Ibu hamil berkerjaya mudah berasa letih. Ini terutamanya di awal usia kehamilan. Walau bagaimanapun, dengan mengamalkan beberapa langkah mudah keletihan yang dialami dapat diatasi dengan baik.

1. Makan snek ringan tetapi berkhasiat apabila anda berasa pening. Contohnya buah-buahan segar atau kering; biskut bijirin, yogurt dan lain-lain.

2. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Anda disarankan makan sehingga enam kali waktu makan berbanding tiga kali. Ini bererti selepas waktu makan utama anda selanginya dengan pengambilan snek.

3. Susu diyakini dapat membantu anda mengembalikan kesegaran diri kerana pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Jadi, minum lah dua gelas susu setiap hari. Satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu malam.

4. Tekanan kerja boleh menyebabkan anda mudah berasa letih. Oleh itu, adalah penting untuk anda mempelajari cara-cara terbaik untuk menguruskan tekanan kerja.

5. Jangan membongkok ketika anda duduk ataupun berdiri. Kekalkan kedudukan yang tegak kerana ia mampu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.

No comments:

Post a Comment