Paprik Ayam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 14 April 2014

Paprik Ayam

As salam
Salam sejahtera

Alkesah jumaat lepas tak tau nak masak apa. Tengok kat dapur n fridge semua bahan nak masak paprik ada. So apa lagi cargas buat ayam paprik. Paprik ayam versi simple.

Bahan2:
Ayam potong kecil2
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih potong mayang
Bawang besar potong mayang
Kacang panjang potong sepanjang 1 1/2"
Carrot potong julliene
Bunga kobis potong kecil2
Tomato belah 8
Serai titik
Daun limau purut
Sos cili
Sos tomato
Minyak masak
Gula

Cara membuat:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit & garam. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Masukkan sikit minyak ke dalam kuali. Guna minyak goreng ayam tadi pun boleh. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu.
3. Masukkan serai yg dititik & daun limau purut. Kacau seketika. Masukkan sayur2 kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau lagi hingga sayur empuk.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, air. Biarkan seketika. Perisakan dengan garam & gula.
5. Masukkan ayam & tomato. Kacau seketika & tutup api. Sedia untuk dihidang.
Kan dah cakap simple je kan. Sambil pejam mata boleh buat. Hihi. Jom try masak.

No comments:

Post a Comment