Daging Masak Lada Hitam - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 12 July 2014

Daging Masak Lada Hitam

14 Ramadhan 1435 Hijrah

I ols terlebih rajin arini nak share segala resepi. Ok la kan sesiapa yang takde idea nak masak apa tuh boleh la try buat resepi i nih senang je kot.


Resepi daging masak lada hitam

Daging
Bawang putih - dimayang
Bawang besar - dimayang
Lada hitam - ditumbuk kasar
Cendawan butang - dihiris
Tomato - dipotong 6
Sos tiram
Sedikit tepung gandum
Minyak masak

Cara membuat:
1. Daging perlu direbus hingga empuk.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih & bawang besar hingga layu.
3. Kemudian masukkan cendawan butang. Kacau seketika.
4. Masukkan sos tiram serta air rebusan daging tadi. Kacau lagi.
5. Masukkan daging. Kacau hingga sebati.
6. Bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air rebusan untuk memekatkan kuah. Masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
7. Apabila sudah masak sedia untuk diangkat & hidang.

Sori la bahan2 i memang takde sukatan2. Main agak2 je.

Selamat mencuba ^_^


Ingin dapatkan produk shaklee dari saya pengedar shaklee anda boleh hubungi sy:
INSTAGRAM: @syafiyahvitashoppe
WHATSAPP/WECHAT/TELEGRAM: 012 9755310

ATAU 

anda boleh terus dapatkan produk shaklee terus dari shaklee. Sila klik di bawah:

No comments:

Post a Comment