Dah taktau nak beli apa Cie ambil la Cappucino Aik Cheong. Mulanya nak cari yang chocolate tu. Nak acah-acah minum hot chocolate di musim hujan. Takdela pulak. Ambil jela cappucino nak try. Tak pernah beli.
Kat depan kaunter tu ada 1 rak letak moon cake. Lama dah Cie perati je moon cake tu macam tak laku pun. Tak bergerak je stok nya tu. Tengok expired date hujung bulan 12. Tengok harga RM10 dan dapat sekali stackable tins. Cie pun grab 1. Nak try rasa sambil tolong lakukan stok moon cake 7E tu.
Cie nak bekas tu je cantik. Boleh la letak apa-apa dalam tu. Faiz cakap Cie beli mainan tengok kat kotak tu ada gambar kartun. Haaha.
Balik rumah Cie pun potong-potong moon cake tu. Semua makan kata sedap. Sedap jugak rupanya 7E punya moon cake tu. Tak rugi la beli. Dapat bekas cantik dan dapat makan moon cake sedap.
Cie bancuh jugak Cappucino Aik Cheong tu dan tak sangka sedap juga rupanya. Mulanya Cie minum suam je. Banyak pulak nak habiskan, Cie simpan dulu lepas tu campur ice pulak. Minum sejuk pun sedap.
Lepas ni boleh la repeat lagi beli moon cake tu dan Cappucino brand Aik Cheong tu.







1 Ulasan
Sedap pulak nengok mooncake tu. Tak pernah beli lagi sebab biasa makan yang offficemate bawa.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.