Beli Hot Caramel Latte RM3

Pagi ni macam awal pulak hantar kakak Raisha. Jadinya Cie membelok la menyinggah ke 7E Cafe selepas hantar kakak Raisha. Singgah beli Hot Caramel Latte.

Bulan 12 ni ada promo beli apa-apa jenis kopi 7E Cafe RM3 je. Untuk Hot Caramel Latte ni harga asalnya RM4.90 tapi dapat RM3 je. Cup nya kecik je sekali teguk macam habis dah. Hihi

Hot caramel latte 7e cafe

Tapi takdela sekali teguk je kan. Sesambil buat kerja dapat banyak kali teguk jugak la. Cie stop IF kejap selepas cuti sakit baru ni. Perut masih not so ok. Jadinya risau takut angin lagi dalam perut tu maka nya Cie breakfast jela pagi-pagi.

Semalam Cie bawak bekal roti putih dan peanut butter 2 keping je Cie buat. Tu pun makan sambil buat kerja nak habiskan 2 keping roti tu sejam. Tak biasa breakfast waktu kerja. Hari kerja memang dah biasa buat IF.

Hari ni pun Cie bawak roti putih 2 keping sapu peanut butter je. Tambah tadi beli Hot Caramel Latte so ngam la untuk breakfast pagi ni.

Roti putih dan peanut butter

Bila perut berangin tak selesa je ni takut gastrik je kalau biarkan perut kosong. At least isi la dengan apa-apa makanan bagi tak kosong perut. Gitu la bila masuk umur 40an ni sakit sana sini la. Kena terima hakikat. Hihi


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. salam hari jumaat utk cie. moga yg baik2 utk kita semua..aamiin

    BalasPadam
  2. Menarik juga coffee / latte 7E.. Saiz comel sepadan dengan harga.. Kalau sedap, pakej 🥰

    BalasPadam
  3. Usia 40 memang dah mula terasa badan tak seperti masa remaja. Sedapnya hirup kopi dan makan roti peanut butter.

    BalasPadam
  4. Smlm baru minum ais caramel latte dari 7e ni..Dapat beli dgn harga RM4 =D

    BalasPadam
  5. Dapat kopi panas, rasa semangat sikit nak buat kerja ya, Cie. Murah tu, harga kopi.

    BalasPadam
  6. Sama bekfes kita semalam cie.. akak pun bawa sebuku roti dan sebotol peanut butter.. haaa.. bawak sekali semua sapu dan terus makan kat opis.. malas nak banyak kerja kat rumah.

    BalasPadam
  7. Kita serupa Cie, buat IF at the end kena ambil breakfast juga. Sminggu IF rasa macam tidak berpijak di bumi nyata, dgn migrainnya. So makan je la.
    Semoga Cie sihat selalu okey.

    BalasPadam
  8. Semoga baik2 semua ya..teruskan usaha dan usaha..menjana kesihatan..Salam Jumaat ..

    BalasPadam
  9. Comel size..sepadan dengan harganya...

    BalasPadam
  10. jaga kesihatan kak. breakfast jangan skip!

    BalasPadam
  11. Betul . Pagi kena jamah sikit at least kalau tak sempat pun cari la roti .. supaya perut tak masuk angin ..nak kerja pun selesa ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.