Seketul daging tu tadi tak perasan berapa kilo, Faiz yang timbang. Dapat la 2 kali makan. Cie bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian bekukan, nanti la bila-bila masak daging kicap ke sedap jugak.
1 bahagian Cie buat sup. Anak-anak nak makan mi sup daging. Cie bagi 2 pilihan nak sup daging atau mi goreng daging. 2 beradik tu request nak mi sup daging. Lepas Asar terus masuk dapur.
Cie buat sambal kicap jugak. Lama tak buat stok sambal kicap. Senang je sambal kicap Cie guna cili padi, bawang merah kecil rose, bawang putih. Saute sekejap dengan minyak. Dah agak kuning sikit tutup api. Masukkan dalam blender sekali kicap, lepas tu blend sampai hancur. Dah siap. Boleh simpan dalam bekas dan simpan kat chiller. InsyaAllah tahan lama.
Sup daging tu Cie letak jugak fish ball dan siew pak choy. Tumis bawang putih dan bawang holland je, rempah sup sikit, akar ketumbar dan akar daun bawang tumis sekali. Apa yang ada jela.
Bahan sampingan daun sup, limau kasturi dan bawang goreng. Bawang goreng homemade memang sentiasa ada stok. Berbulan dah tu Cie buat masih rangup.
Lepas Maghrib tadi kami dinner. Tak cukup sepeket mi kuning Gardenia. Cie rebus 2 keping mi segera Mamee lagi. Sedap sangat anak-anak cakap. Alhamdulillah masakan Cie sentiasa sedap di tekak my family.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.