Sebelum ni ada dah beberapa orang blogger lain buat semua Cie dah termiss nak screenshot. Semuanya gagal. Cie set kali ni mesti menang ni. Cie pun cuba nasib. Hari-hari la jenguk pageview Nieza.
Nak dijadikan cerita buka Sabtu baru ni tengok eh dah 999,xxx dah. Dekat sangat dah nak capai 1,000,000 tu. Kebetulan memang free duk blogwalking sambil siapkan entry untuk schedule. Cie pun kejap-kejap jenguk blog Nieza. Pada pukul 3.31 petang 6 Disember baru ni Cie dapat screenshot 1,000,001 dah masa tu. Tapi Cie try jela hantar emel screenshot ke emel address Nieza.
3.33pm hari yang sama Cie terus emelkan screenshot tu ke Nieza. Lambat jugak Nieza reply masa tu. Cie ok je andai kata ada orang lain dapat. Saja je cuba nasib kan mana tau rezeki Cie.
Alhamdulillah bila dah ditetapkan rezeki Cie tu tetap lah dapat kan. Isnin baru ni Nieza dah umumkan pemenang screenshot pageview kat blog beliau. Masa tu Cie dah dapat tau dari emel Nieza dah mintak details Cie.
Tahniah Nieza dah berjaya capai 1 juta pageview. Terima kasih jugak untuk hadiah dari Nieza dah sampai pagi tadi. Kebetulan ada di rumah hari ni. Terus buka dan buat entri ni. Yang bestnya dapat handmade bag dari Nieza. Masa buka plastik tu Cie ingatkan tudung. Bila dah buka belek dan dapat notes dari Nieza tu baru tau handmade bag memang special la.
Tahun 2021 dulu blog Cie dah capai 1 juta pageview tapi masa tu takde terfikir pun nak buat contest macam ni. Cie dapat screenshot pun masa tu dah 1,001,xxx dah pun. Nanti nak buat la untuk 2 juta pageview pulak. Lama dari 1 juta nak ke 2 juta ni sebab tahun 2021-2023 Cie tak update blog sangat. 2024 baru start aktif balik. Sekarang dah 1.8 juta. Nanti dah dekat-dekat 2 juta Cie akan buat. Nantikan ye.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.