Menang Hadiah Screenshot 1 Juta Pageview

Bulan lepas Cie ada baca kat blog Nieza dia ada buat contest untuk sesiapa yang berjaya screenshot Road To 1 Million Pageview. Nieza pun ada share daily punya pageview so kita dah boleh jangka bila akan capai 1 juta tu. Cie pun memang pembaca blog Nieza jugak selalu singgah blogwalking di sana.

Sebelum ni ada dah beberapa orang blogger lain buat semua Cie dah termiss nak screenshot. Semuanya gagal. Cie set kali ni mesti menang ni. Cie pun cuba nasib. Hari-hari la jenguk pageview Nieza.


Nak dijadikan cerita buka Sabtu baru ni tengok eh dah 999,xxx dah. Dekat sangat dah nak capai 1,000,000 tu. Kebetulan memang free duk blogwalking sambil siapkan entry untuk schedule. Cie pun kejap-kejap jenguk blog Nieza. Pada pukul 3.31 petang 6 Disember baru ni Cie dapat screenshot 1,000,001 dah masa tu. Tapi Cie try jela hantar emel screenshot ke emel address Nieza. 


3.33pm hari yang sama Cie terus emelkan screenshot tu ke Nieza. Lambat jugak Nieza reply masa tu. Cie ok je andai kata ada orang lain dapat. Saja je cuba nasib kan mana tau rezeki Cie.

Alhamdulillah bila dah ditetapkan rezeki Cie tu tetap lah dapat kan. Isnin baru ni Nieza dah umumkan pemenang screenshot pageview kat blog beliau. Masa tu Cie dah dapat tau dari emel Nieza dah mintak details Cie.

Tahniah Nieza dah berjaya capai 1 juta pageview. Terima kasih jugak untuk hadiah dari Nieza dah sampai pagi tadi. Kebetulan ada di rumah hari ni. Terus buka dan buat entri ni. Yang bestnya dapat handmade bag dari Nieza. Masa buka plastik tu Cie ingatkan tudung. Bila dah buka belek dan dapat notes dari Nieza tu baru tau handmade bag memang special la.






Tahun 2021 dulu blog Cie dah capai 1 juta pageview tapi masa tu takde terfikir pun nak buat contest macam ni. Cie dapat screenshot pun masa tu dah 1,001,xxx dah pun. Nanti nak buat la untuk 2 juta pageview pulak. Lama dari 1 juta nak ke 2 juta ni sebab tahun 2021-2023 Cie tak update blog sangat. 2024 baru start aktif balik. Sekarang dah 1.8 juta. Nanti dah dekat-dekat 2 juta Cie akan buat. Nantikan ye. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. rajinnya..kita ni dah lama ke laut blog, setiap tahun berapa kali je update..huhu..kena rajinkan diri la pasni

    BalasPadam
  2. Tahniah Cie, LZ tumpang happy.. Jangan lupa abadikan kenangan pageviews cecah 2M nanti..

    BalasPadam
  3. Ini buat uncle jeles!
    (Sebab baca posting Nieza ni la yg buat uncle tersampai ke blog ni...)

    BalasPadam
  4. tahniah cie...kita pn dok scroll2 juga tgk2 dh terlebih 1,000,013 hehe

    BalasPadam
  5. Tahniah Cie... nice bag tu.
    So ada lagi 200k lah eh nak ke 2mil

    BalasPadam
  6. wah tahniah cie. Rezeki tu. Hadiah pun cantik

    BalasPadam
  7. Kak SA pun sama sebenarnya memang dah menunggu nak screenshot..sambil2 mata kat tv..ntah macam mana terlelap..bila check bali dah lebih 49...erm...xde la rezeki..hahaha

    BalasPadam
  8. Tahniah Cie..memang rezeki Cie la tu..

    BalasPadam
  9. ammi tak alert pun bila blog ammi cecah 1m views. anyway, tahniah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.