Kupang Tumis Cili Padi Berserai - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 9 November 2014

Kupang Tumis Cili Padi Berserai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nih Cie nak share RESEPI MASAK KUPANG TUMIS CILI PADI BERSERAI (nama masakan ku hentam je. Hiihihi). Hari Jumaat hari tuh masa pergi shopping barang dapur ternampak la bungkusan kupang tuh terus tanpa berlengah ambil sebungkus. Murah je pun 1 bungkusan tuh RM5.99 kalau tak silap. Lama dah nak makan tapi malas nak beli leceh nak cuci-cuci bagai kan. Memang kena cuci bersih-bersih sebab Cie nak masak dengan kulit sekali.

Siapa yang tak kenal lagi rupa paras cik kupang nih lah rupanya. Cie pun tak kenal tengok label masa beli tuh. Hihihi.

Kupang masih mentah. Baru lepas cuci bersih. Berejam jugak nak bagi bersih.

Simple je resepi Cie. Bahan yang mudah je campak-campak je. Garam pun lupa letak. Hahahha.

RESEPI KUPANG TUMIS CILI PADI BERSERAI


BAHAN-BAHAN UNTUK MASAK KUPANG TUMIS CILI PADI BERSERAI

1/2 kilogram kupang
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
5 batang serai
6 biji cili padi
Sos tiram
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK KUPANG TUMIS CILI PADI BERSERAI

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi.
  2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan kupang. Kacau dan biarkan seketika. 
  4. Masukkan pula sos tiram dan kacau lagi.
  5. Dah agak-agak masak angkat untuk dihidangkan.


Garam terpulang pada masing-masing nak letak atau tak. Macam Cie kalau dah letak sos tiram maka garam memang terus tak letak. Sos tiram dah masin. Bahan-bahan lain boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment