6 Cara Kawal Kepanasan Ketika Hamil - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 18 March 2015

6 Cara Kawal Kepanasan Ketika Hamil

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ketika hamil kita akan mudah merasa panas dan cepat mengeluarkan peluh berbanding keadaan normal. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke kulit dan akan meningkatkan suhu badan. Selagi ianya masih dalam paras normal, ia tidak akan membahaykan perkembangan janin.


Gambar: sumber ihsan google

Badan ibu hamil yang kerap berpeluh tidak berbau kerana bau yang dihasilkan kelenjar di kawasan sekitar ketiak dan payu dara berkurangan sepanjang kehamilan. Cuma rasa kepanasan tersebut mendatangkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.

Kebiasaannya ibu hamil berasa panas walaupun didalam persekitaran udara yang tidak panas tetapi ia tetap membuatkan badan berpeluh. Ibu hamil boleh melakukan langkah-langkah berikut untuk mengurangkan rasa kepanasan ketika hamil.

6 Cara Kawal Kepanasan Ketika Hamil


  1. Pakai pakaian selesa
Gambar: sumber ihsan google

Ketika mengandung ibu-ibu perlu sentiasa memakai pakaian yang selesa, longgar, ringan dan diperbuat daripada kain kapas. Pemilihan fabrik dan fesyen yang tidak sesuai hanya akan membuatkan ibu-ibu hamil mudah merasa panas dan tidak selesa.

  1. Elakkan panas terik
Gambar: sumber ihsan google

Elakkan daripada terdedah secara langsung kepada cahay matahari. Elakkan daripada selalu berada diluar rumah terutama ketika cuaca panas terik atau tempat yang terlalu sesak dan ramai orang.


  1. Aktiviti bebas panas
Gambar: sumber ihsan google

Senaman berenang merupakan aktiviti paling digalakkan ketika hamil. Ini dapat membuatkan suhu badan cepat meningkat. Jika anda seorang yang aktif bersukan pastikan melakukan sebarang jenis senaman yang tidak berada terus dibawah pancaran sinar matahari.

  1. Sejukkan badan
Gambar: sumber ihsan google

Cara yang paling mudah dan selesa, banyakkan berada dikawasan yang mempunyai penghawa dingin dan kipas.

  1. Banyakkan minum
Gambar: sumber ihsan google

Sangat penting bagi ibu hamil minum air secukupnya untuk memastikan sentiasa bertenaga sepanjang masa. 
  1. Guna bedak tabur
Gambar: sumber ihsan google

Sapukan bedak tabucr pada badan yang berpeluh kerana ia cukup berkesan menyerap peluh atau kelembapan berlebihan pada kulit. Ia juga membantu mencegah ruam kulit yang boleh muncul ketika anda kepanasan.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment