Thursday, 4 June 2015

5 Tahun Tanpa Seorang Ibu

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tanggal 4 Jun 2010 perginya seorang insan bernama ibu. Diwaktu subuh hening. Mak, pergimu tiada ganti. Tiada lagi gelak tawamu, tiada lagi gurau sendamu. Sesungguhnya daku amat merinduimu Mak. Andai dapat diputarkan waktu akan kuberikan yang terbaik kepadamu.



Ya Allah ampunkan segala kesalahan ibu ku, tempatkan ibuku dikalangan orang yang beriman, jauhkan ibuku dari azab seksa nerakamu. Tenanglah mu disana bondaku.



5 tahun bukan tempoh masa yang singkat tapi masa itu pantas berlalu. Hari ini tanggal 4 Jun 2015 tiada lagi insan bernama Mak. Selama tempoh 5 tahun nih la ingatan tak pernah luput. Lagi-lagi bila tengok makcik yang sebaya mak memang terus ingatan kat Mak. Untung sesiapa yang masih ada mak, masih boleh rasa masakan Mak. Jagalah mak anda sebaik-baik selagi kita masih bernafas. Jangan kecewakan hati Mak, jangan derhaka kepada Mak. Pengorbanan seorang Mak takkan mampu kita balas. Sangat besar pengorbanan Mak bermula dari saat mengandungkan kita sehinggalah membesarkan kita. Bila dah jadi ibu nih memang sangat terasa betapa besar pengorbanan seorang ibu.


Al-Fatihah buat bondaku.



1 comment:

  1. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin...

    ReplyDelete