Nasi Ayam Goreng Crunchy - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 28 June 2015

Nasi Ayam Goreng Crunchy

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih masak Nasi Ayam Goreng Crunchy pulak untuk berbuka. Sempat juga buat kuih Buah Melaka tadi. Lama tak buat kuih Buah Melaka. Nasi ayam biasa je cuma ayam tuh kita buat ayam goreng crunchy.


Resepi Nasi Ayam Goreng Crunchy




Bahan-bahan Nasi

2 cawan beras
2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1 kiub ayam
2 sudu marjerin
Sedikit garam jika perlu
Sedikit pewarna kuning
3 cawan air

Cara Membuat Nasi Ayam 

1. Panaskan marjerin kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kiub ayam. Tutupkan api.
2. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi beras, air, pewarna kuning. Kacau rata dan biarkan sehingga nasi masak.



Bahan-bahan Ayam Goreng Crunchy

Boleh tengok kat RESEPI AYAM GORENG CRUNCHY






Bahan-bahan Sup Nasi Ayam


Kaki ayam, leher ayam
2 biji bawang putih - dimayang
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - dimayang
1 kiub ayam
Sedikit air
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit bawang goreng untuk hiasan
Sedikit minyak masak

Cara Membuat Sup Nasi Ayam

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kiub ayam, kaki ayam, leher ayam. Kacau seketika.
2. Masukkan air kemudian biarkan sehingga mendidih.
3. Hias dengan daun sup dan bawang goreng.


Bahan-bahan Sos Lada

3 biji cili merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar cuka
1 senduk gula 
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara Membuat Sos Lada 

1. Kisar semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
2. Masakkan di atas api sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau seketika,
3. Sesuaikan rasa kalau dah ok boleh tutup api.
* tak ada gambar. lupa nak ambil :)





Bahan-bahan Sampingan

1 biji tomato
1/2 batang timun
3 helai daun salad

Boleh dipotong mengikut selera masing-masing.



Ok dah siap nasi ayam kita. Jangan pelik kalau bahan-bahan sangat senang. Sebab kita masak semua masakan yang senang dimasak tapi sedap dimakan. Hihi. Selamat mencuba.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments: