Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 24 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Berlalu sudah sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah. Tapi belum habis tau sebab raya kan sebulan. Hihi. Biasanya kemeriahan cuma pada 1 Syawal je. Yang selebihnya suam-suam kuku dah cuma masih ada sambutan dengan jemputan rumah terbuka.

Tahun nih giliran beraya kampung husband. Setiap tahun memang ikut giliran. Tak pernah lagi kami bergaduh laki bini sebab nak balik raya. Parah dah kalau bergaduh tuh kan. Kena la ada sikap tolak ansur. Takkan nak beraya kat kampung kita je kan. Kampung kami laki bini memang dekat sangat dalam 15 minit je. So tak kisah pun raya kat mana-mana dulu.

Raya nih kami 4 beranak kenakan tema raya sedondon tau. Haha. Sebelum nih warna je sama tapi tahun nih semua sama untuk raya pertama dari segi warna dan corak baju. Sedondon betul la kami 4 beranak.






Kat rumah mertua raya nih cuma beli lemang dan mak mertua masak rendang ayam perak. Pertama kali makan rendang ayam perak letak kulat sisir. Sedap jugak rasanya. Lepas sembahyang raya cuma berjalan raya kat rumah saudara mara husband je. Raya hari Jumaat kan so kaum lelaki nak standby untuk sembahyang raya pulak. Lepas sembahyang raya baru balik beraya kat rumah Ayah pulak. Kat rumah Ayah banyak sangat menu. Kebetulan pulak abang ada buat kenduri so memang meriah la sampai ke petang orang datang beraya.

Raya tahun nih takde pun buat biskut raya. Ada lah sejenis je biskut dan yang lain kuih kering. Biskut coklat chip, biskut tiram, kuih siput, kerepek kulit popia perisa kari. Tuh jela lepas tuh beli kerepek bawang. Raya rumah orang sakan la makan biskut sebab rumah sendiri takde biskut raya. Hahaaa.

Dah cukup kisah raya pertama je. Raya seterusnya takde kisah. Cuma raya kedua kat rumah mertua lagi dan terlebih rajin masak nasi impit, ayam masak merah, mee kantonis. Balik rumah Ayah sebelah petang pulak masak mee sup. Raya ketiga takde masak sebab sehari berjalan je. Raya keempat baru lah rajin semula masak soto ayam. Last dah tuh lepas tuh back to normal menu dah.








Dalam banyak-banyak menu raya tahun nih tak jumpa laksa penang. Biasa mesti ada je rumah yang masak menu laksa penang nih. Rasa nak makan tapi nak masak tuh malas la pulak kan.

Dikesempatan nih Cie nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment