Amalan Yang Kekal Selepas Kita Mati - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 8 December 2015

Amalan Yang Kekal Selepas Kita Mati

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Mati Itu Pasti

Ya betul memang mati itu pasti. Itu janji Allah kepada kita. Berita kematian yang berturut-turut. Mula-mula mendapat perkabaran mak kawan Cie meninggal dalam tidur, selepas itu Pak Yus Jambu meninggal akibat sesak nafas, Seniwati Mariani meninggal akibat derita menghidap kanser dan yang terbaru Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil meninggal akibat derita menghidap kanser hati.

Apabila menerima perkabaran berita kematian membuatkan Cie rasa sebak didada. Pak Yus Jambu seorang pelawak yang Cie tak pernah bersua muka, tak pernah bercakap tapi bila mendapat perkabaran yang arwah meninggal dunia dan mendengar tentang arwah yang sangat pemurah dan baik hati membuatkan Cie terfikir Allah ambil nyawa Pak Yus sebab Allah nak kita sedar. Cie suka tengok Pak Yus sebab lawak yang bersahaja.

Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil merupakan putera keempat Sultan Johor. Juga tak pernah Cie kenal, tak pernah ikuti perkembangan Yang Mulia tapi apabila mendengar cerita yang Yang Mulia seorang putera raja yang berjiwa rakyat, sentiasa merendah diri membuatkan Cie juga terfikir Allah nak bagitau sesuatu kat kita.

Selepas kematian mereka Allah bukakan semua kebaikan mereka. Mereka insan terpilih. Allah pilih mereka untuk bagitau kita bahawa mati itu pasti. Takkan lambat walau sesaat, takkan cepat walau sesaat. Tepat pada masanya. Kematian mereka cukup memilukan hati segenap lapisan masyarakat. Yang menjadi ingatan bukanlah sebab Pak Yus pelawak dan Tunku Jalil adalah putera raja akan tetapi kemurahan hati hati mereka, ketinggian budi mereka dan ketinggian akhlak mereka.

Allahyarham Pak Yus banyak bersedekah untuk kebajikan masyarakat serta sahabat handai beliau. Allahyarham Tunku Jalil pula sering curi-curi keluar istana untuk merasai sendiri kehidupan rakyat jelata. Beliau juga seringkali menziarah pesakit kanser di wad kanser dengan menyembunyikan identiti beliau sebagai anak raja. Beliau juga menubuhkan yayasan kanser khas untuk membantu mereka yang mengidap penyakit kanser.

mati itu pasti


Dalam Islam, semua amalan kita akan terputus setelah kematian kita kecuali TIGA PERKARA yang akan terus kekal iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau orang lain) dan anak yang soleh atau solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakannya.

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati? Semoga segala amalan kita nanti diterima Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Semoga kita ditempatkan di Syurga tanpa hisab. Teruskan membuat amal kebaikan dan kebajikan kepada sesiapa sahaja.

No comments:

Post a Comment