Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 9 May 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat ilahi daku mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 (APC). Alhamdulillah rezeki anak-anak. Selama 7 tahun (1 Disember 2015) genap usia perkhidmatan didalam sektor kerajaan ni. Terimbau kenangan mula melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 1 Disember 2008 dan ditempatkan di Hospital Jengka sehingga Januari 2012. Bermula Februari 2012 mula berkhidmat di Hospital Kuala Lipis pula.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015



Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015


APC 2015 diadakan pada 19 April 2016 di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Seramai 49 orang penerima APC dari Hospital Kuala Lipis. APC ni melibatkan semua jabatan dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang termasuk la Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Pergigian Daerah.

Alhamdulillah syukur. Semoga kami dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan datang. SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!

No comments:

Post a Comment