2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sebelum gerak balik sempat la singgah Ostrich & Pets Show Farm yang terletak di Lot 141 Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Senang je nak ke situ guna waze atau google map sampai la.

Nak masuk tu kena bayar. Semua bayar tau takde benda free. Hihi. Dewasa: RM15, Kanak-kanak percuma tapi tak pasti sampai umur berapa. Kakak 4 tahun pun percuma.

Takde la banyak sangat binatang. Ada kambing, ayam, burung unta, burung, unta, kuda, arnab, burung, iguana. Tu jela rasanya. Cenderahati banyak jual kat situ. Boleh la beli buat kenangan.


Depan farm ni. Pintu masuk sebelah kanan

Yang ni belakang gate atas tu. Duk kat tanah je.

Sebelum masuk kena pakai tag ni dulu

Bukan kat Mekah je ada unta tau. Kat sini pun ada unta.

Kuda ni pemalu sungguh tau tunduk je


Tengok ahkak berselfie dengan ostrich jadian pun teruja sangat. Hahaha


Ni la telur ostrich. Bukan senang nak pecahkan telur ni tau

Laki i ni agak berat jugak tapi boleh pijak atas telur tu siap bawak anak lagi. 

Kulit telur ni memang susah nak pecah. Boleh menampung lebih kurang 120kg berat badan kita

Nama pun ostrich farm kan kena la selfie depan ostrich

Actually kat situ boleh naik ostrich, boleh bergambar dengan ostrich sambil pegang. Teringin juga nak bergambar tapi bila lepas tengok baby kena ngap dengan ostrich terus tak jadi. Ada 1 family tu tengah excited bergambar dengan ostrich bapak baby tu pangku baby. Lepas tu entah macam mana ostrich tu ngap tangan baby tu. Rupanya ostrich lapar. Mujur la tak ada gigi so tak luka la baby tu cuma dia nangis sebab terkejut. Kakak terus la nangis jugak takut. Terus ajak keluar. Ibu pun tak berani. Hihi.

Tak sampai sejam pun jalan dalam tu. Tempat kecil je. Kat dalam tu ada restoran. So boleh la makan minum kat situ sebelum keluar. Daging ostrich pun ada jual kat situ. Tapi tak beli pun. Tak berani nak makan.

Nak tengok gambar lain boleh jenguk album kat facebook PD Ostrich & Pets Show Farm

Cuti sekolah tak lama lagi boleh la bawak anak-anak mengenal binatang.

Post a Comment Blogger

  1. Not bad jugak tempat ni. Kalau ke PD nanti boleh singgah. Selalu kalau pergi mandi laut je :D

    ReplyDelete
  2. Dah lama plan nak pergi tak juga sampai... Sedap tu daging burung unta...

    ReplyDelete

 
Top