7 Tips Untuk Jadi Lebih Positif - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 28 July 2018

7 Tips Untuk Jadi Lebih Positif

7 TIPS UNTUK JADI LEBIH POSITIF

KEGEMBIRAAN DAN KEJAYAAN. YANG MANA DULU?

Kita seringkali menganggap kejayaan semestinya diikuti oleh kegembiraan. Hakikatnya, rasa gembira adalah pemangkin untuk kita mencapai kejayaan dan keputusan yang kita perolehi. Jika kita gembira, secara tak langsung kita akan mempelajari kemahiran baru yang mendorong kepada kejayaan dan akan menghasilkan lebih banyak kegembiraan.

POSITIF KURANGKAN RISIKO NYANYUK

Pada tahun 2017 yang lalu, penyelidik Universiti Yale yang menjalankan  kajian ke atas 4,000 individu yang berusia 60 tahun dan ke atas mendedahkan, sikap positif merendahkan risiko demensia sehingga separuh, malah lebih rendah walaupun mereka mempunyai faktor keturunan.

KELEBIHAN BERSIKAP POSITIF

Kajian menunjukkan mereka yang optimis dua kali ganda mempunyai jantung yang sihat berbanding individu pesimis dan menjalani gaya hidup yang kurang stres. Bersikap positif mampu memanjangkan usia, menghambat stres dan meluaskan horizon pemikiran.

PEMIKIRAN POSITIF ADALAH ALAT YANG SANGAT BERKUASA

Tingkah laku positif, proaktif merangsang tingkah laku positif, proaktif. Individu yang positif bukan sekadar memiliki hari baik, tetapi menjadikan hari mereka hari yang baik. Kebanyakan individu yang berjaya sentiasa melihat masa depan dengan pandangan positif.

CARI PUNCA KEGEMBIRAAN

Cari punca kegembiraan anda, nikmati dan teruskan perjalanan. Minda anda akan melakukan perkara yang selebihnya.

LEBIH FOKUS DAN BERTENAGA

Sikap positif boleh dijadikan panduan dan mendorong kita lebih bertenaga seperti mana ungkapan "I am the greatest, I said that even before I knew I was" - Muhammad Ali.

5 PERKARA YANG BOLEH DIAMALKAN

  1. Sentiasa tersenyum
  2. Sentiasa mencari peluang dan melihat kebaikan dalam apa jua perkara
  3. Cuba menyelesaikan masalah dengan kaedah yang lebih proaktif
  4. Menggunakan ungkapan dan perbincangan bagi mendapatkan hasil yang baik
  5. Sentiasa menjawab 'ya' berbanding 'tidak'

No comments:

Post a Comment