Tips Minum Air Bulan Ramadhan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 7 May 2019

Tips Minum Air Bulan Ramadhan

Tubuh badan kita sememangnya sangat memerlukan air untuk menstabilkan suhu badan. 

70 peratus daripada badan kita adalah air. Air juga diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada semua organ dalam tubuh badan kita. Selain itu air juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen untuk mengeluarkan bahan toksik serta bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ.


Tips Minum Air Bulan Ramadhan

Bila masuk bulan Ramadhan je ramai yang risau macam mana nak cukupkan jumlah kuantiti air yang sepatutnya diminum sedangkan di bulan Ramadhan air hanya boleh diminum ketika sahur dan berbuka puasa sahaja. Jangan risau Cie akan kongsikan TIPS MINUM AIR BULAN RAMADHAN supaya dapat membantu anda semua minum air secukupnya.

TIPS MINUM AIR BULAN RAMADHAN


Tips Minum Air Bulan Ramadhan


1 Gelas Air Setelah Bangun Tidur - Sebaik je bangun dari tidur terus minum 1 gelas air masak.

1 Gelas Air Setelah Sahur - Ketika makan sahur minum sekurangnya 1 gelas air masak dan kurangkan minum minuman manis untuk elakkan berat badan naik mendadak sepanjang bulan Ramadhan.

1 Gelas Air Setelah Azan Maghrib - Sebaik je Azan Maghrib selepas je baca doa berbuka puasa terus minum segelas air masak supaya kita tidak makan terlalu banyak semasa berbuka. Lepas tu boleh makan sebiji kurma.

1 Gelas Air Setelah Solat Maghrib - Selepas solat Maghrib minum 1 gelas lagi air.

1 Gelas Air Setelah Makan - Selepas je makan juadah berbuka puasa minum lagi segelas air.

1 Gelas Air Setelah Solat Isyak - Selepas je solat Isyak minum lagi 1 gelas air.

1 Gelas Air Setelah Solat Terawih - Selepas je selesai solat terawih minum lagi 1 gelas air.

1 Gelas Air Sebelum Tidur - Sebelum masuk tidur boleh minum lagi segelas air.


Jadi cukup la 8 gelas sehari minum sewaktu bulan Ramadhan.


TIPS LAIN UNTUK BULAN RAMADHAN


Makanan Dengan Kandungan Air Yang Tinggi - anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti buah tembikai atau buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka - tidak digalakkan untuk minum air sebanyak 8 gelas sebaik sahaja berbuka puasa kerana ianya bukan penyelesaian yang tepat. Ianya akan membuatkan anda akan hilang selera makan.

Bebuka Dengan Kurma Dan Air - berbuka puasa dengan kurma amat disarankan. Buah kurma mengandungi kadar glukosa semulajadi yang cukup tinggi serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan tenaga sepanjang bulan Ramadhan. Air yang diminum ketika berbuka dapat menggantikan cecair yang hilang dari tubuh setelah seharian berpuasa.


Semoga TIPS MINUM AIR BULAN RAMADHAN ini dapat membantu anda untuk mencukupkan jumlah kandungan air dalam badan dan sekaligus dapat elak dari dehidrasi.


Boleh klik link untuk minuman isotonik sepanjang Ramadhan - PERFORMANCE DRINK ORANGE dan PERFORMANCE DRINK LEMON LIME