7 Manfaat Yang Terkandung Dalam Brokoli - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 11 February 2020

7 Manfaat Yang Terkandung Dalam Brokoli

7 Manfaat Yang Terkandung Dalam Brokoli

Brokoli merupakan sayuran hijau yang sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan kita. Brokoli juga boleh dipelbagaikan dalam masakan sama ada ditumis atau dikukus dan pelbagai hidangan enak boleh dimasak menggunakan brokoli terutama masakan barat.

Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin K dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Berikut pula merupakan 7 MANFAAT BROKOLI:

#1 MANFAAT BROKOLI : MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Sayuran yang kaya dengan serat seperti brokoli sangat membantu program diet untuk menurunkan berat badan. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuatkan perut kenyang lebih lama. Sayuran bewarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral dan rendah kalori juga lemak. Menu sayuran hijau ni juga terkandung dalam MENU DETOKS SHAKLEE.

#2 MANFAAT BROKOLI : MENJAGA KETAJAMAN PENGLIHATAN

Kandungan Lutien dan Vitamin A yang terdapat dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar Lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara Vitamin A pula sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.

#3 MANFAAT BROKOLI : MENJAGA KESIHATAN KULIT

Setiap orang pasti menginginkan  kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala masalah. Didalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuatkan kulit bertambah sihat dan bercahaya. Secara umunya, makan brokoli sangat bagus untuk proses detoksfikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepatkan proses regenerasi sel-sel kulit mati.

#4 MANFAAT BROKOLI : MENJAGA KESIHATAN PENCERNAAN

Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit sembelit. Antioksidannya merupakan agen detoks semulajadi yang membersihkan saluran pencernaan dari racun.

#5 MANFAAT BROKOLI : MENCEGAH PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Brokoli mengandungi Vitamin B6 dan asid folik yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Amalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang sihat dan bersenam secara teratur.

#6 MANFAAT BROKOLI : MENGAWAL TEKANAN DARAH

Dalam kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang disarankan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.

#7 MANFAAT BROKOLI : MENJAGA KESIHATAN TULANG DAN GIGI

Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi. Brokoli merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium terdapat juga Vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.

4 comments: