Sunday, 23 February 2020

Zahirah Macwilson Kahwin

20.02.2020 ZAHIRAH MACWILSON KAHWIN


Sama cantik dan sama padan pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza ni.Cantik sungguh Zahirah dan memang padan dengan Aiman yang handsome tu. Mereka selamat diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 tarikh yang sangat cantik 20022020.

Cie memang suka sangat dengan mereka berdua ni kalau berlakon. Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

KEK CHANDELIER


Yang menarik perhatian Cie adalah kek kahwin mereka berdua ni. Memang sangat unik. 


Kek tu turun dari atas dan mereka terus potong kek tergantung tu. Menarik kan? Tak perlu letak atas meja dah. Gantung macam tu je untuk potong. Cie belum pernah tengok lagi kek macam ni. Bila google sebenarnya kat luar negara dah lama trend kek macam ni. Sekali tengok macam chandelier je. Rupanya kek.

NI LA RUPA KEK CHANDELIER YANG ADA STAND - SUMBER GAMBAR GOOGLE

0 blogger-facebook:

Post a Comment