TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8
TAHNIAH!!
Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikkan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 pada hari ini 1 Mac 2020.
Baru je lagi rasanya Perdana Menteri Ke 7 mengangkat sumpah pada tahun 2018. 1 Mac 2020 giliran Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 pula mengangkat sumpah di Istana Negara.
Semoga Tan Sri dapat menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dengan sebaiknya dan dapat memberi banyak manfaat kepada kami seluruh rakyat Malaysia.
BIODATA PERDANA MENTERI KE 8
NAMA: TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
NAMA ISTERI: PUAN SRI NOORAINEE ABDUL RAHMAN
TARIKH LAHIR: 15 MEI 1947
TEMPAT LAHIR: MUAR, JOHOR
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
• 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
• Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan