Covid-19 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 21 March 2020

Covid-19

CORONA VIRUS DISEASE 2019 | PENYAKIT CORONAVIRUS 2019

Covid-19

CORONA VIRUS

Dari keluarga virus coronaviridae. Pelbagai jenis Corona Virus antaranya:
  • Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS)
  • Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MERS-CoV)
  • Corona Virus Disease COVID-19 (terbaru)


APAKAH COVID-19

Sejenis virus baru (novel) yang dikenalpasti. Menyebabkan jangkitan salur pernafasan. Berjangkit daripada individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan.

BAHAYA JANGKITAN COVID-19

Berpotensi menyebabkan penyakit teruk dan kematian terutamanya dalam kalangan orang tua, yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

GEJALA JANGKITAN COVID-19

  • DEMAM
  • BATUK
  • SUKAR BERNAFAS

GEJALA TERUK

  • PNEUMONIA
  • KEGAGALAN BUAH PINGGANG


BAGAIMANA COVID-19 MEREBAK?

  • Kebanyakkan terjangkit daripada individu ke individu melalui titisan pernafasan apabila seseorang yang berjangkit batuk atau bersin.
  • Sentuhan pada permukaan yang dicemari virus.


RAWATAN COVID-19

  • Tiada rawatan khusus
  • Rawatan berdasarkan gejala yang dialami
  • Rawatan antiviral bagi kes yang serius

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 - individu yang tidak mempunyai gejala

  • Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  • Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu bergejala seperti demam, batuk dan bersin.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 - individu yang ada gejala pernafasan

  • Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  • Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
  • Buang tisu ke dalam tong sampah.
  • Guna penutup mulut dan hidung.
  • Dapatkan rawatan awal.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 - pengembara ke negara berwabak (semasa berada di negara luar)

  • Selalu amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  • Elakkan tempat tumpuan ramai.
  • Jarakkan sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu bergejala.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 - pengembara ke negara berwabak (selepas pulang)

  • Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk mahupun kesukaran bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang.
  • Maklumkan sejarah lawatan kepada doktor.
  • Bawa Health Alert Card

1 comment:

  1. Where to Bet on Sports To Bet On Sports In Illinois
    The best sports bet types and bonuses available in https://febcasino.com/review/merit-casino/ Illinois. The most herzamanindir common sports betting options available. Bet worrione $20, www.jtmhub.com Win $150, sporting100 Win $100 or

    ReplyDelete