LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI PUSAT MEMBELI-BELAH
Musim Covid-19 yang pada mulanya dikenali sebagai Novel Coronavirus masih belum reda.Di Malaysia setakat hari ni dah mencecah 19 kes. Kita tak tahu bila penularan wabak ini akan berakhir jadi sebagai langkah berjaga-jaga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI PUSAT MEMBELI-BELAH memandangkan kita rakyat Malaysia perlu juga keluar rumah untuk membeli barang keperluan dan makanan.
Antara langkah pencegahan yang kita boleh amalkan ialah:
- Mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau hand sanitizer.
- Pegang tombol pintu / troli / butang lif dengan menggunakan tisu dan segera buangkan di dalam tong sampah bertutup.
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) sepanjang masa jika bergejala atau berada di tempat awam.
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu jika bersin atau batuk.
- Makan Vitamin C secukupnya untuk memperkuatkan sistem pertahan badan.
- Jarakkan diri anda sejauh 1 meter jika bergejala atau nampak orang bergejala.
Bersama-sama lah kita menjaga keselamatan diri untuk elak dari terkena jangkitan Covid-19 yang boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan segera.
No comments:
Post a Comment