Selamat Menyambut Ramadhan 1441H - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 24 April 2020

Selamat Menyambut Ramadhan 1441H

Selamat Menyambut Ramadhan 1441H

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan 1441H.

Alhamdulillah syukur kita masih dikurniakan usia yang panjang untuk meneruskan ibadah puasa pada Ramadhan 1441H ni.

Walaupun Ramadhan tahun ini agak mencabar yang mana negara kita tengah berdepan dengan krisis pandemik wabak Covid-19. Bukan negara kita saja lah bahkan seluruh dunia tengah berperang melawan wabak yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Semuanya Allah telah aturkan. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa semoga wabak ini segera terhapus. Semoga kita dapat bersama dengan keluarga menyambut aidilfitri.

Ramadhan tahun ini kurang meriah sebab semua orang tak dapat menunaikan solat terawih di masjid. Hanya boleh ditunaikan di rumah bersama keluarga. Cuma yang bezanya dapat solat berjemaah bersama keluarga dan suami boleh menjadi imam.

Tahun ini juga tiada Bazar Ramadhan which is bagi Cie agak bagus jugak supaya dapat elak dari pembaziran. Bila ada Bazar Ramadhan ni orang ramai membeli ketika nafsu lapar kemudian tak habis dan dibuang begitu saja. Manakala penjual pula menyediakan terlalu banyak makanan. Bila tak habis makanan tersebut dijual semula pada keesokan hari tu yang menyebabkan kena keracunan makanan selepas makan makanan yang dijual di pasar.

Banyak hikmah bila munculnya wabak Covid-19 ni jadi kita kena la muhasabah diri. Perbaiki mana-mana amalan yang kurang. Yang mana amalan kita buat tu perlu perbaiki dan istiqomah.

Musim perintah kawalan pergerakan ni ramai orang yang kena duduk rumah sahaja tak boleh pergi kerja bagi sesetengah sektor maka dengan ini banyak masa terluang boleh digunakan untuk membuat amal ibadah di rumah.

Semoga segala amal ibadah kita diterima dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersykur dengan apa sahaja yang dikurniakan.

No comments:

Post a Comment