Tuesday, 15 September 2020

Beverly Hotel Taiping

 Beverly Hotel Taiping


Beverly Hotel Taiping ni hotel kedua kami stay masa bercuti ke utara bulan lepas. Hotel pertama kami stay Novotel Hotel Taiping. Hotel ni biasa saja 2 star kot kalau tak silap. Hotel lain banyak yang dah fully book. Last minute nak book kan. Pun boleh jela just untuk tidur. Check in pun dah petang. Lepas check in terus keluar jalan-jalan. Awal pagi esoknya dah check out.

Hotel ni berhadapan dengan Taiping Sentral Mall. Berdekatan juga dengan AEON Mall Taiping dalam 5 minit jela lebih kurang naik kereta. 

Ni kat lobi. Yang sebelah sana tu jalan untuk ke lif


Dah siap check in tunggu babah parking kereta dulu


Cie ambil 2 katil single supaya senang nak cantum katil baru la muat tidur 4 beranak


Luas katil single ni





Cantik bathroom





Check in sini memang semata untuk tidur saja. Petang tu jalan-jalan cari makan area bandar Taiping. Nanti next entry Cie share. Keesokan hari pagi-pagi lagi dah check out nak cari makan then balik kampung.

Awal pagi check out dah



Overall hotel ni punya facilties memuaskan dan dalam keadaan baik. Macam hotel baru sebab dalam bilik semua masih cantik. Hotel ni tiada breakfast. Kalau stay just untuk tidur saja ok la.


Beverly Hotel Taiping

Alamat: Lot 1421, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak

No. Telefon: 05-8051111

0 blogger-facebook:

Post a comment