Pengalaman Pembedahan Gigi Anak - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 26 December 2020

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak

 Pembedahan Gigi Anak

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak

Sebulan lebih dah berlalu ibu baru ada masa nak berkongsi pengalaman Syafiyah Rania jalani pembedahan cabut gigi 13 batang kalau tak silap ibu. Sepatutnya bulan September Rania dah kena masuk wad tapi disebabkan waktu tu OT (dewan bedah) tutup so kena tukar tarikh lain. Dentist bagi bulan 10 kebetulan Rania demam dan selsema so dentist taknak buat kalau demam. So tunda lagi. Akhirnya dapat la tarikh 5 November 2020. 2 hari selepas kematian Atok.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kena masuk wad bagai nak cabut gigi je pun kan. Untuk kanak-kanak memang kena masuk wad dan perlu masuk dewan bedah (OT) untuk cabut sekaligus gigi yang rosak tu. Untuk yang dewasa pun kalau banyak nak kena cabut pun kena masuk dewan bedah jugak.

So mehla ibu nak share sikit pengalaman pembedahan gigi anak ibu. 

5 November 2020

10 pagi kami perlu ke Jabatan Pergigian Kanak-kanak untuk pemeriksaan dan penerangan prosedur dari dentist la. So dentist akan tanya sama ada anak ada demam / batuk / selsema ke tak. So kalau takde akan diteruskan dengan penerangan prosedur dan timbang berat anak. Bila dah faham semuanya ibu kena turunkan tandatangan. Terus dengan proses untuk masuk wad. Ada sesetengah hospital just day care saja tapi Hospital Kuala Lipis Pahang kena masuk wad sehari sebelum masuk dewan bedah untuk pemantauan.

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak


Kena masuk wad sebelum jam 12pm. Masa tu sempat la ibu pi beli handphone baru untuk adik. Kebetulan masa kalut dengan atok sakit tu Rania terlupa letak mana handphone dia so hilang tak dapat dikesan. Bila ada handphone takdela dia bosan sangat kat wad nanti takde apa nak buat. Ibu nak bagi guna handphone nanti susah pulak ibu nak bisnes guna handphone. 

Dalam 11 lebih camtu terus gerak ke hospital semula untuk buat pendaftaran dulu di Kaunter Pendaftaran Masuk Wad. Selepas itu terus masuk ke wad Kenanga 6A. Rania tenang je dia macam excited je masuk wad. Siap cakap macam hotel. Hahaha.

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
suruh ibu snap gambar dia. layan jela

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dalam lif pun nak posing

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
check in hotel la ni. hahahah

Masuk je wad kena tunggu kejap sebab katil penuh ramai sangat pesakit dalam wad. Wad ni multidisiplin so campur la dengan macam-macam jenis pesakit. Kena tunggu dalam 5-10 minit camtu baru la dapat katil berdepan dengan kaunter nurse. Katil sementara je tu nak tunggu katil lain kosong.

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
teruja betul terus baring je atas katil

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dia dah mula tanya macam-macam dan dah mula bosan
Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
masuk wad dah lepas waktu makan so kena tapau jela. Rania request nak makan ikan keli

Tengah makan lunch nurse suruh pindah katil pulak. So tolak katil tu ke sebelah tempat lain pulak. Macam ni la kalau duk wad jarang la kita dapat duduk katil yang sama sampai keluar wad.

Sebelah petang juga ada doktor pakar bius datang untuk terangkan prosedur nanti untuk pembedahan. Dentist pun datang juga untuk terangkan prosedur lagi. Rania kena puasa mula 4am camtu la. Ibu duk fikir camne la nak kejut dia bangun makan pagi-pagi buta waktu tengah syok tidur. Ibu la yang risau.

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
minum petang kat katil lain dah ni. habis seketul ni dia sorang makan

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
ibu pun bosan bukan adik je. Tak kusyuk jugak nak baca adik banyak tanya

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
Dia dah bosan taktau nak buat apa duk buat colouring book jela

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dinner nasi goreng

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
nasi goreng dinner tak habis so letak dalam bekas senang nak makan malam

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
ajak ibu selfie memang bosan tahap teruk dah ni

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
malam lapar lagi so babah kena hantar KFC pulak

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dah kenyang makan macam-macam dia nak tidur dah bosan takde geng nak main

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
ibu macam biasa la ke mana sahaja pillbox berisi suplemen tak dilupakan

Bila anak dah tidur ibu pun takde apa nak buat tidur jugak la. Baru nak terlelap dengar nurse panggil suruh pindah katil lagi. Harap-harap yang terakhir la ni asyik pindah katil je. Dapat la duduk bilik ada aircond dan ada 2 katil je so selesa la sikit. Rania tengah tidur tak sedar apa nurse tolak katil.


6 November 2020
Pengalaman Pembedahan Gigi Anak

Pukul 4am ibu kena kejut Rania nak kena makan sikit sebab nanti kena puasa sampai waktu operation. Masa tu duk fikir tahan ke tak lapar nanti. Dah la makan roti seketul je. Mujur la dia nak bangun makan roti dan minum air milo.

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
pagi bangun terus mandi. berapa kali la duk mengadu lapar. kesian pulak. ibu pun terpaksa puasa takut dia nak makan

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
macam-macam gaya kebosanan dah

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
bosan main handphone duk mengadap buku pulak

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
kesian adik kena puasa

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
sudahnya tidur jela dah bosan sangat

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
video call dengan kakak baru balik sekolah

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
tukar baju dah ready nak tunggu kena panggil. patutnya 12pm tapi lewat pulak

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
suruh ibu snap picture dia

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dah kena panggil masuk OT. ibu yang debar lebih

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
masuk OT dah

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
dah masuk OT kena tunggu lagi. dah la debar bila kena tunggu lagi bertambah debaran

Rasanya dalam 1/2 jam jugak la duk menunggu dalam tu. Mujur ibu boleh masuk sementara belum masuk bilik bedah tu. Untuk kurangkan debaran adik tu ibu ajak la selfie dulu. Adik merengek lapar lagi. Ibu kesian jugak tapi apa boleh buat ibu terpaksa la tenangkan adik.

Bila nama kena panggil ibu sekali boleh masuk bilik bedah. Sementara belum bius tu. Masa masuk tu ibu dah sebak tapi kuatkan semangat je. Ibu tak boleh nangis depan anak. Ibu kena kuat semangat. Masa masuk dalam dewan bedah tu adik dah mula nangis. Ibu tengok adik nangis ibu dah sebak. Lepas tu doktor bius suruh baring adik taknak baring jenuh ibu pujuk. Last sekali mereka baringkan adik letak gas untuk bius tu kat mulut untuk dia sedut. Doktor bius suruh ibu cium adik lepas tu boleh keluar.

Masa tu sebak sangat hanya Allah yang tau. Adik still lagi menangis dan mata dia dah nak pejam-pejam baru ibu keluar. Dalam hati macam-macam doa dah ibu baca. Masa doktor pakar bius terangkan kat wad pun ibu dah cuak tapi dia kata tak pernah lagi berlaku sepanjang dia kerja. Katanya boleh jadi pesakit akan sedar bila bius dah habis atau tak sedar dan kena masuk ICU. Tu yang ibu risau.

Prosedur cabut gigi ni ambil masa dalam 1 jam. So selama tempoh 1 jam tu ibu pi makan dulu makanan yang babah dah tapau. Ibu pi makan kat pantri office. Tak lalu pun makan tak habis pun sebungkus nasi kukus tu. Duk fikir camne la adik kat dalam bilik bedah tu. Dah sejam masa berlalu ibu terus pi tunggu depan dewan bedah. Tadi nurse tu cakap akan call kalau dah siap. Tak lama lepas ibu dan babah tunggu tu ada nurse call kata dah boleh masuk siap dah.

Masa ibu masuk tu adik kat bahagian pemantauan je dah. Adik belum sedar. Lama jugak nak tunggu dia sedar tu. Ibu sentuh badan dia baru dia sedar. Bila sedar tu biasanya anak akan meronta dan menangis sebab rasa tak selesa. So ibu kena tenang. Pujuk anak elok-elok. Macam Rania dia bangun nak turun katil. So jenuh la kena pujuk. Dia marah ada cucuk jarum drip tu. Dia nak cabut. Lepas tu tak selesa ada kapas dalam mulut.



Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
Dah siap nak tolak masuk wad semula

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
Sebelum balik sempat lagi makan dinner tapi Rania tak makan pun

Pengalaman Pembedahan Gigi Anak
Dia cuit je bubur nasi tu. Hahaha. Makan sikit je. Menu ibu yang buat. Merasa la makan menu sendiri buat dan staf sendiri yang masak. Hihi


Lepas dah naik wad tu dah boleh bagi minum air kosong. Kalau ok takde muntah baru boleh bagi air sejuk. Ibu suruh babah belikan milo ais. So adik minum milo ais jela. Memang kesian lapar lebih 12 jam tak makan. Tenaga pun takde. Bila minum air milo tu ok la sikit alas perut. Alhamdulillah lepas minum air tu dia ok takde muntah. Kena makan makanan lembut jela. 

Dah settle semua urusan dah boleh discharged. Balik rumah adik tidur je. Darah still lagi banyak berapa kali kena tukar kapas. Untuk hari pertama tak boleh kumur dan gosok gigi. Alhamdulillah dah selesai semuanya dengan selamat. Dalam 13 batang gigi adik rosak tak boleh diselamatkan. So lepas ni kena jaga gigi la adik ye.

Selepas pembedahan tu akan ada 2x kena pi jumpa dentist untuk check gigi. Dalam tempoh 2 minggu sekali selama 2x dan selepas ni kena jumpa dentist semula bulan 3/2021.





























2 comments:

  1. berdebar sungguh kalau nak operate ke apa. Bagus adik kuat tapi rasa sakit tu tetap ada juga. kesian tengok. Apapun syukur semuanya dipermudahkan dan selamat. pasni kena jaga gigi elok elok ye dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas habis bius tu sakit tapi dia kuat. alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

      Delete